Page 13 - sejarah perkembangan bahasa melayu_Neat
P. 13
SISTEM EJAAN
FAJAR ASIA
Sistem Ejaan Fajar Asia merupakan sistem ejaan yang telah
diperkenalkan oleh pihak Jepun melalui majalah terbitan mereka iaitu
majalah Fajar Asia. Majalah ini diterbitkan dan diedarkan sekitar tahun
1943. Kaedah yang diterapkan dalam majalah Fajar Asia merupakan satu
kaedah yang diambil daripada sistem ejaan Wilkinson dan ejaan Za'ba.
Pada sekitar tahun 1941 sehingga 1945, bidang persuratkhabaran atau
terbitan telah dikuasai sepenuhnya oleh pihak tentera Jepun atau
dikenali sebagai Malayan Military Administration (MMA).

