Page 13 - 2020 课堂评估#01_YR6
P. 13

Pemahaman


                 Baca petikan di bawah, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.   SP 3.3.3         5


                  Mak Cik Siao Yen dan Pak Cik Sabri telah mendirikan rumah tangga sejak sepuluh tahun
                  yang lalu. Mereka mempunyai sepasang cahaya mata, iaitu Shafiq dan Shafizah. Shafiq
                  berumur sembilan tahun manakala Shafizah berumur tujuh tahun.
                       Semasa sambutan Tahun Baharu Cina yang lepas, kami sekeluarga telah dijemput untuk
                  menghadiri majlis rumah terbuka Mak Cik Siao Yen di Kuantan. Saya tidak sabar hendak
                  merasai suasana keluarga dua budaya ini menyambut Tahun Baharu Cina.
                       Pada hari tersebut, mereka sekeluarga memakai  pakaian tradisional  Cina yang
                  digabungkan dengan fesyen pakaian tradisional Melayu. Gaya pakaian mereka sungguh
                  unik dan menarik perhatian. Kami dan tetamu lain berebut-rebut untuk bergambar bersama
                  dengan mereka.
                       Selain itu, Mak Cik Siao Yen juga menyediakan pelbagai masakan yang istimewa.
                  Masakan itu bercampur aduk dengan cara masakan dua budaya yang berlainan, iaitu ala
                  Melayu dan Cina. Walaupun perayaan Tahun Baharu Cina, namun kami turut dapat merasai
                  masakan tradisional Melayu seperti ketupat, lemang, serondeng, sate dan rendang.
                       Saudara-mara Pak Cik Sabri yang berbangsa Melayu turut hadir ke majlis tersebut.
                  Kami menjamu selera sambil berbual-bual dengan mesra untuk mengeratkan silaturahim.
                  Saya telah berkenalan dengan beberapa orang rakan berbangsa Melayu pada majlis itu. Saya
                  berasa sangat gembira.
                       Melalui majlis itu, saya dapat memahami cara hidup keluarga yang mempunyai dua
                  budaya yang berlainan.  Walaupun mereka  berlainan budaya, namun mereka  sekeluarga
                  hidup dengan harmoni dan sejahtera.


                   1  Bilakah keluarga Mak Cik Siao Yen mengadakan majlis rumah terbuka?
                     A  Hari Deepavali
                     B  Pesta Kuih Bulan
                     C  Tahun Baharu Cina
                     D  Hari Raya Aidilfitri



                   2  Mengapakah  penulis  dan  tetamu  yang  lain  berebut-rebut  untuk  bergambar  bersama
                     dengan keluarga Mak Cik Siao Yen?
                     A  Kerana pakaian mereka sungguh unik dan menarik
                     B  Kerana mereka memakai pakaian tradisional kaum Cina
                     C  Kerana mereka memakai pakaian tradisional kaum Melayu
                     D  Kerana masakan yang disediakan oleh Mak Cik Siao Yen sungguh istimewa








                 Bahasa Malaysia 6A - #1
                                                            3/4



          BM 6A # 1 (p1-4)LJY(f)3p.indd   3                                                            24/12/2019   11:55 AM
   8   9   10   11   12   13   14   15   16   17   18