Page 14 - 2020 课堂评估#01_YR4
P. 14
Pemahaman
Baca petikan di bawah, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya. SP 2.1.1 SP 3.2.2 5
Persatuan Penduduk Taman Daya telah menganjurkan pertandingan pertunjukan
fesyen bersempena dengan Hari Kebangsaan. Para penduduk dipelawa untuk menyertai
pertandingan ini. Syarat pertandingan ini ialah setiap kumpulan mesti terdiri daripada
pelbagai kaum. Pakaian yang dipertunjukkan itu mestilah menampakkan gabungan ciri-ciri
pakaian tradisional pelbagai kaum.
Tujuan utama pertandingan ini adalah untuk merapatkan hubungan antara penduduk
pelbagai kaum di Taman Daya. Selain itu, pertunjukan fesyen turut dapat memperkenalkan
dan mengekalkan pakaian tradisional rakyat berbilang kaum di Malaysia. Gabungan fesyen
pakaian tradisional pelbagai kaum melambangkan perpaduan antara setiap kaum.
Balvani, Jie Yee, Hanifa dan Kavendra Kaur membentuk sebuah kumpulan untuk
menyertai pertandingan ini. Mereka berbincang bersama-sama untuk mereka cipta sehelai
pakaian tradisional yang istimewa, iaitu gabungan sari, ceongsam, kebaya dan baju Punjabi.
Pada hari pertandingan, Kavendra Kaur memakai pakaian rekaan mereka lalu berjalan
di atas pentas. Para penonton memberi tepukan gemuruh kerana pakaian rekaan mereka
sungguh cantik dan istimewa.
Akhirnya, kumpulan Balvani, Jie Yee, Hanifa dan Kavendra Kaur telah diumumkan
sebagai johan. Mereka menerima sebuah piala daripada pengerusi persatuan penduduk.
Pakaian rekaan mereka akan dipamerkan di Rumah Kelab Persatuan Penduduk Taman
Daya. Mereka berempat berasa sangat gembira.
1 Pertandingan pertunjukan fesyen dianjurkan bersempena dengan
A Hari keluarga.
B Hari sukaneka.
C Hari Kebangsaan.
D Hari penubuhan persatuan.
2 Apakah tujuan utama pertandingan ini?
A Melambangkan perpaduan antara setiap kaum
B Merapatkan hubungan antara penduduk pelbagai kaum di Taman Daya
C Memupuk minat para penduduk dalam mereka cipta pakaian tradisional
D Memperkenalkan dan mengekalkan pakaian tradisional rakyat berbilang kaum di
Malaysia
Bahasa Melayu 4A - #1
3/4
BM 4A # 1 (p1-4)LJY(f)3p.indd 3 24/12/2019 11:15 AM

