Page 3 - 2020 课堂评估#01_YR5
P. 3
Sudut BM
图 ♥ 韵如
Di dalam hutan terdapat sebuah keluarga kera yang tidak mempunyai rumah. Apabila waktu
malam, mereka berteduh di atas pokok.
Pada suatu hari, hujan turun dengan lebat. Kera-kera itu menjadi kelam-kabut. Mereka
berlompatan ke sana ke mari untuk mencari tempat berteduh. Anak dan isteri kera bertanya
tentang rumah. Bapa kera berjanji akan membina rumah apabila hujan reda.
Setelah hujan berhenti, kera-kera itu pun mula berlompatan dengan riang sambil mencari
makanan. Rancangan membuat rumah dilupakan begitu sahaja.
Apabila hujan turun, kera-kera itu akan mencari tempat berteduh semula. Maka pada suatu
hari isteri kera tidak dapat tahan lagi lalu dia mengadu kepada suaminya.
“Hujan turun lagilah, abang. Kalau kita ada rumah, kita akan dapat berteduh,” kata isteri
kera.
“Mengapa ayah masih tidak membina rumah lagi?” tanya anak kera.
“Ah... nantilah. Apabila hujan reda, kita akan membina rumah,” jawab bapa kera.
Namun begitu, apabila hujan berhenti, sekali lagi rancangan itu dilupakan. Janji tinggal
janji. Segala-galanya tidak menjadi kenyataan. Mereka malah hanya asyik bergembira.
Hingga sekarang kera masih tidak mempunyai rumah.
Mengapa Kera Tidak Mempunyai Rumah?
Kosa Kata
Apakah moral cerita ini?
1 reda 平息
2 kenyataan 事实
sentiasa gagal mencapai matlamat.
Jawapan Suka menangguhkan kerja merupakan satu tabiat yang amat buruk, merugikan dan

