Page 3 - 2020 课堂评估#01_YR2
P. 3

Sudut  Cerita
         图 ★ 家浚
          Pencuri   yang   Licik




          Pada suatu pagi, Sang Tikus mencuri telur di sarang Sang Pipit. Apabila
          pulang, Sang Pipit menangis kerana  kehilangan telur. Semua haiwan
          berasa simpati.

                  “Sang Kelawar dan Sang Burung Hantu tidak keluar mencari

          makanan. Pasti ini perbuatan mereka,” tuduh Sang Tikus.
                  Maka, semua haiwan pun menghalau kedua-dua ekor haiwan itu.
          Sang Kelawar dan Sang Burung Hantu pun menyiasat hal itu.

                  Keesokan harinya, mereka bersembunyi di celah pokok. Mereka

          nampak Sang Tikus sedang mencuri telur Sang Merpati. Mereka pun
          menangkap dan membawa Sang Tikus kepada semua haiwan.
                  Semua haiwan marah akan Sang Tikus.




































                 Berlakon   评估活动                                                    Kosa Kata
        Lakonkan cerita di atas. Pastikan anda melakonkan
        watak-watak tersebut dengan gaya yang betul.                                1   simpati  同情
                                                                                    2   tuduh  指责
                                                                                    3   menghalau  赶走
             Mengapakah Sang Kelawar dan Sang Burung Hantu                          4   menyiasat  调查
             hendak menyiasat hal ini?                                              5   celah  缝  Contoh jawapan   Kerana mereka dituduh mencuri telur Sang Pipit. Mereka hendak tahu hal yang sebenar.
   1   2   3   4   5   6   7   8