Page 3 - 2020 课堂评估#06_YR2
P. 3
Sudut Cerita
图 ★ 太空漫画
Bacakan cerita di bawah dengan sebutan yang betul dan jelas.
Arnab mempunyai gigi yang cantik dan putih berseri. Haiwan-haiwan
lain selalu memuji kecantikan gigi arnab. Akibat pujian ini, arnab menjadi
sombong.
Pada suatu hari, arnab berjalan di tepi sungai. Buaya yang ada di
situ menegur arnab.
“Hai Arnab, cantik sungguh gigi engkau! Kalau gigi aku cantik
begitu, aku pasti boleh menjadi raja sungai.”
Arnab berasa bangga mendengarkan pujian itu.
“Bagaimana engkau menjaga gigi?” tanya buaya.
“Eh, itu rahsia!” jawab arnab.
“Kalau begitu, boleh engkau periksa gigiku? Aku mahu gigi yang
cantik juga.”
Buaya membuka mulutnya. Tanpa berfikir panjang, arnab
memeriksa gigi buaya. Tanpa membuang masa, buaya terus menutup
mulut dan menelan arnab itu.
Kosa Kata
1 berseri 闪闪发光的
2 memuji 称赞
Bagaimanakah cara buaya dapat makan arnab? 3 menegur 打招呼
4 bangga 光荣
5 periksa 检查
6 menelan 吞食
Contoh jawapan Buaya meminta arnab memeriksa giginya.

