Page 113 - majlis LKJD
P. 113
Mungkin saya baru sahaja mengenali puan-puan tetapi peribadi dan keterampilan puan-puan
amat saya senangi, merupakan ikon kepada guru-guru lain, dikenali sebagai otai dalam opsyen
masing-masing (Pn Norlaili dengan kepakaran matapelajaran Sains dan Sejarah) ( Pn Haleja
dgn kepakaran mata pelajaran Al-Quran, Pendidikan Islam satu masa dulu selain KHB@
RBT..sehingga menjadi pakar rujuk kepada adik-adik dan saya sangat memandang tinggi
dengan semangat puan-puan yang tidak mudah pudar dan sentiasa berusaha memberikan
komitmen yang terbaik dan tidak berbelah bahagi. Bukan itu sahaja..jasa puan-puan dalam Ko
Kurikulum juga tidak dinafikan.. kalau Pn Norlaili sangat dikenali di Daerah Sabak dengan
pencapaian yang sangat cemerlang dalam membimbing pelajar Ping Pong dan Inovasi Solar
Car satu masa dahulu meniti zaman2 kegemilangan sekolah meraih pelbagai kejayaan hingga di
peringkat yang tertinggi. Puan Haleja dgn kempimpinannya membimbing pelajar PPIM di
peringkat daerah dan beberapa tahun berturut-turut menjuarai Pertandingan Tajhiz Jenazah
satu masa dahulu hingga ke peringkat Negeri dalam Pertandingan KAMIL (Kemahiran Amal
Islami). Tugas sebagai Guru SPBT yang telah lama disandang juga amatlah dihargai oleh pihak
sekolah.

