Page 11 - Mesyuarat Agung PIBG SK CHE LATIFF ke 37
P. 11
mesyuarat agung ini adalah mesyuarat agung yang terakhir kepada beliau. Jesteru itu beliau
memohon maaf andai terdapat kesilapan sepanjang masa bertugas di sekolah ini.
1.4 Ucapan dan Perasmian Mesyuarat Agung PIBG SK Che Latiff ke-36 oleh Cg. Mohd
Roslan bin Hasan (mewakili YBhg. Hj. Zaluzi bin Sulaiman, Ketua UMNO Bahagian Pengkalan Chepa).
1.4.1 Menyampaikan salam daripada YBhg. Datuk Zaluzi bin Sulaiman yang tidak dapat
datang kerana sibuk dengan Pilihanraya Simulasi Barisan Nasional.
1.4.2 Mengharapkan para ibu bapa supaya dapat meluahkan pendapat mereka dalam
mesyuarat agung seperti ini.
1.4.3 Menurutnya, mesyuarat agung ini merupakan platform yang boleh menghubung guru-
guru dan ibu bapa dan hubungan dapat diperkukuhkan.
1.4.4 Mengucapkan syabas kepada Pengerusi PIBG SK Che Latiff kerana memberikan
komitmen kepada PIBG.
1.4.5 Menyatakan bahawa ibu bapa boleh memberikan sumbangan idea dan tenaga kepada
sekolah jika ibu bapa ingin menolong pihak sekolah.
1.4.6 Beliau meminta ibu bapa mempastikan kehadiran anak-anak ke sekolah dan
memaklumkan bahawa PPD akan memaparkan nama guru besar yang kehadiran murid-
murid di sekolah mereka tidak mencapai KPI PPD.
1.4.7 Mengucapkan tahniah dan syabas kepada mantan bendahari PIBG SK CHe Latiff yang
telah dinaikkan pangkat dan bertukar ke SK Semut Api sebagai PK Ko-Kurikulum.
1.4.8 Akhirnya dengan lafaz “Bismillah….” Beliau merasmikan Majlis Mesyuarat Agung PIBG
SK Che Latiff Kali ke-36.
Mesyuarat Agung PIBG SK Che Latiff kali ke-36 dimulakan mengikut agenda.
1. Pemilihan seorang pengerusi sementara.
1.1 Cg. Azhan bin Omar mencadangkan supaya Cg. Khairul Aswad bin Mahmood
dilantik sebagai pengerusi sementara.
1.2. Cadangan mendapat sokongan sebulat suara.
1.3 Pengerusi sementara menyampaikan sedikit ucapan alu-aluan.
2. Membentang dan mengesahkan minit mesyuarat agung kali ke-35.
2.1 Cg. Mohd Nawi bin Ibrahim selaku setiausaha PIBG membentangkan minit mesyuarat agung kali
ke-35 dengan merujuk kepada buku program meyuarat agung, muka surat 8 hingga 11.
2.2 Dicadangkan sah oleh Pn. Kamariah bt. Yazid dan disokong oleh Pn. Fatanah bt. Sidik.
3. Laporan kegiatan PIBG SK Che Latiff bermula dari bulan Mac 2017 hingga bulan Mac 2018.
3.1 Laporan dibacakan oleh Cg. Mohd Nawi bin Ibrahim selaku setiausaha PIBG dengan merujuk
kepada buku program mesyuarat agung PIBG , muka surat 12.
Muka 10

