Page 3 - Mesyuarat Agung PIBG SK CHE LATIFF ke 37
P. 3
S
ekapur sirih daripada Tuan Guru Besar SK Che Latiff.
Assalamualaikum warahmatullahiwabarakaatuh. Salam dihulur memulakan bicara. Salam perkenalan untuk
semua, semoga silaturrahim antara kita, warga sekolah dan para ibu bapa akan terjalin, berpaut erat dan
kukuh selamanya SEBAGAI landasan untuk kita mencapai matlamat bersama iaitu mencapai kecemerlangan dalam
bidang akademik, ko-kurikulum dan pembentukan sahsiah yang baik di kalangan murid-murid . Syukur kepada Allah
s.w.t. kerana setakat ini setelah lebih kurang lima bulan saya bertugas di sekolah ini, saya lihat ada hamparan suasana
harmoni dan kondusif di sekolah ini . Sama-samalah kita berdoa ke hadrat Allat s.w.t. agar keadaan seperti ini
berterusan pada hari-hari yang akan mendatang.
Saudara dan saudari sekalian,
Saya merupakan guru besar yang baharu bertukar ke sekolah ini menggantikan Cikgu Hajjah Salmah binti
Ismail yang telah bersara wajib pada tahun lalu dan tugas saya adalah meneruskan visi dan misi sekolah, PPD, JPN
serta melaksanakan dasar Kementerian Pendidikan Malaysia. Sebagai peneraju di sesebuah sekolah seseorang guru
besar bebas menentukan cara pengurusannya sendiri tetapi tidaklah sewenang-wenangnya kerana terikat juga
dengan dasar Kementerian Pendidikan Malaysia dan juga ketentuan-ketentuan oleh JPN dan PPD.
Kehadiran saya di sekolah ini bermula pada hujung tahun lepas dan kebetulan pada masa itu ada arahan
yang tegas daripada PPD / JPN agar penyusunan murid-murid dalam kelas mengikut pencapaian tidak dibenarkan
lagi, sebaliknya semua murid dicampur-adukkan dalam kelas tidak mengira tahap kepandaian mereka. Berlakulah
kebetulan di situ. Guru besar baharu penyusunan kelas pun secara baharu. Timbullah tohmohan bahawa guru besar
baharu telah membuat penyusunan murid dalam kelas secara baharu. Berlakulah kebimbangan di pihak ibu bapa.
Bimbang kalau-kalau timbul perkara-perkara negatif di kalangan anak-anak mereka. Pihak Kementerian Pendidikan
Malaysia pula berharap penyusunan murid secara baharu ini akan menimbulkan unsur-unsur positif di kalangan murid-
murid.
Rentetan daripada dasar penyusunan murid yang baharu maka Pembelajaran Abad ke 21 dipraktikkan.
Murid-murid di Tahap 1 sudah tidak ada ujian atau peperiksaan lagi. Penilaian Bilik Darjah (PBD) dijalankan. Intrumen
PBD telah dikeluarkan untuk diikuti. Ada keperluan agar ibu bapa agar memahami dasar PBD ini supaya ibu bapa
dapat membantu merangsang anak masing-masing memenuhi aspek intrumen yang telah ditentukan itu.
Terdapat pelbagai lagi perubahan yang berlaku dalam bidang pendidikan yang harus kita semua
mengetahui dan memahaminya namun di sini sekadar ini dahulu yang boleh saya paparkan dan saya berharap agar
saudara saudari sekalian dapat mengikuti perkembangan dalam bidang pendidikan ini dari semasa ke semasa untuk
masa depan anak-anak.
Akhir kata saya memohon ampun dan maaf seandainya terdapat sebarang kekhilafan dan kelemahan coretan saya
ini.
Sekian, terima kasih. Wslm.
(CG. WAN ROSLAN BIN WAN HASSAN)
Guru Besar SK Che Latiff.
Muka 2

