Page 7 - Bab 5 Bumi
P. 7

5.4            KESAN PERGERAKAN KERAK BUMI



               Permukaan  bumi  terdiri  daripada  lapisan  kerak  bumi  yang  dikenali  sebagai  plat.
               Plat tersebut terbahagi kepada dua, iaitu plat daratan dan plat lautan. Lapisan plat
               bumi berada di atas lapisan mantel. Pengaruh arus perolakan di lapisan mantel
               menyebabkan plat bumi bergerak.

                     Pergerakan kerak bumi atau plat melibatkan proses  pertembungan dan
               pencapahan.  Proses ini seterusnya menyebabkan pelbagai kesan kepada
               pembentukan muka bumi.



                     200 juta tahun        Hanyutan Benua
                        dahulu
                                           •  Pencapahan atau pemisahan plat menyebabkan
                                              berlakunya perubahan kedudukan benua. Walaupun
                                              proses pemisahan plat terjadi dengan sangat
                                              perlahan, ahli sains membuktikan kemungkinan
                                              kedudukan benua pada masa sekarang adalah kesan
                                              daripada hanyutan benua.

                                         135 juta tahun                          Sekarang
                                            dahulu





















               Rajah 5.3 Proses hanyutan benua
                                                                      Sumber: First Geography Encyclopedia
                   Glosari

                 Pertembungan:  Perlanggaran antara plat-plat di kerak bumi secara serentak
                 Pencapahan:   Perpisahan dan pergerakan plat-plat di kerak bumi
                 Sesaran:       Pergerakan plat-plat bumi secara berselisih di sepanjang garis gelinciran



                  48
                  48
   2   3   4   5   6   7   8   9   10   11   12