Page 31 - MAPIBG TAHUN 2020
P. 31
9.0 Ucapan Penangguhan
9.1 En. Ahmad Daud b. Abdullah mencadangkan pihak sekolah dan PIBG mewujudkan lampu
isyarat di lalu lintas pintu pagar belakang. Tuan Pengerusi member respon bahawa perkara
tersebut dalam makluman beliau dan ia telah dikemukakan kepada pihak JKR. Oleh itu, pihak
JKR mengambil tindakan membuat jalur-jalur kuning keselamatan. YDP juga mengatakan ba-
hawa akan usahakan sekali lagi untuk memohon dengan pihak JKR.
9.2 En. Abu Bakar b. Harun mencadangkan agar diberi peruntukan khusus kepada semua atlet
dan pihak yang Berjaya dalam bidang sukan ke peringkat daerah dan negeri dengan cemer-
lang. Hal ini amat membantu melancarkan lagi perjalanan aktiviti bidang kokurikulum meraih
kejayaan.
9.3 Wan Zaidi b. Md Ali menyatakan bahawa terdapat beberapa orang murid ponteng waktu
persekolahan dan melepak di kawasan surau berdekatan luar kawasan sekolah. Perkara ini
telah diambil tindakan dengan menyuruh murid-murid tersebut ke sekolah. Tn. Pengetua, En.
Hj. Khairi b. Mohd Noor mengucapkan terima kasih kepada semua ibu bapa / penjaga yang
prihatin dan cakna dalam mengekang kes ponteng dalam kalangan pelajar serta memohon
sekiranya perkara begini berlaku, mohon maklumkan kepada pihak sekolah.
9.4 Pn. Maizalider bt Mat Ali memohon pencerahan berkenaan belanjawan yang telah diben-
tangkan adakah termasuk elaun guru-guru yang mengajar kelas tambahan. Tn. Pengetua
memberi respon bahawa selama ini para guru yang mengajar kelas tambahan tidak pernah
mengambil sebarang pembayaran dan ianya adalah percuma.
9.5 YDP menyeru agar semua ibu bapa menggalakkan dan memastikan anak-anak hadir ke kelas
tambahan.
9.6 Tuan Pengerusi mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua warga PIBG yang banyak
menyumbang secara langsung dan tidak langsung kepada pihak sekolah terutama En. Taju-
deen b. Mohamad Shahabudin dan Pn. Hjh Romah bt. Saleh.
9.7 YDP juga mengucapkan terima kasih kepada semua ibu bapa dan guru yang sudi hadir.
Sesi cabutan nombor bertuah
Disediakan oleh,
30

