Page 8 - hello
P. 8

SMK BANDAR BARU SERI PETALING, KUALA LUMPUR



                       Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Baru Seri Petaling ditubuhkan pada 3 Disember 1990
               dan telah menumpang di Sekolah Kebangsaan Bandar Baru Seri Petaling sehingga 9 Oktober 1994.

                       Pada  10  Oktober  1994,  sekolah  baru  dibina  di  Jalan  Radin  untuk  memenuhi  keperluan
               pendidikan penduduk Bandar Baru Seri Petaling dan kawasan sekitarnya. Sekolah ini terdiri daripada 3
               blok  bangunan  4  tingkat,  sebuah  bengkel,  sebuah  kantin  dan  sebuah  bengkel  Kemahiran  Hidup  serta

               sebuah padang yang memuatkan trek 200 meter juga disediakan.

                       Pada mulanya, sekolah ini hanya mempunyai 10 orang guru dan 127 orang pelajar sahaja. Pada
               ketika  itu,  hanya  terdapat  satu  kelas  Tingkatan  1  dan  empat  kelas  Peralihan.  Kemudian,  pada  tahun
               1996, bilangan pelajar dan guru bertambah sehingga mencecah 1800 orang pelajar dan 77 orang guru
               serta 9 staf bukan akademik.


                       Sejajar  dengan  penambahan  pelajar  dalam  sekolah  ini,  pelbagai  kemudahan  lain  disediakan,
               antaranya  ialah  gelanggang  Tae  Kwan  Do,  gelanggang  badminton,  kantin  baru  dan  sebuah  makmal
               komputer.  Pihak  sekolah  juga  telah  membina  sebuah  gelanggang  bola  keranjang.  Selain  itu,  Pusat
               Sumber  juga  telah  dinaik  taraf  dengan  berhawa  dingin  untuk  keselesaan  murid.  Sekolah  ini  juga  kini
               mempunyai  kelas  Tingkatan  Enam  sejak  2009.   Moto  sekolah  “  ILMU  ASAS  KEMAJUAN”  dicipta  dan

               dimuatkan  dalam  lencana  sekolah  untuk  membina  dan  mengukuhkan  semangat  warga  sekolah
               khususnya murid.

                       Semenjak  sekolah  ini  ditubuhkan,  seramai  sembilan  orang  pengetua  telah  silih  berganti.  Pada
               hari ini sekolah diterajui oleh Tuan Haji Mohamad Saadon Bin Haron. Bilangan guru sekarang ialah 77

               orang  dan  dibantu  oleh  11  anggota  kumpulan  pelaksana.  Bilangan  pelajar  pula  adalah  seramai  1015
               orang. Pada tahun 2013, sekolah juga telah mendapat anugerah Tawaran Baru Sekolah atas pencapaian
               cemerlang  dalam  bidang  akademik,  sahsiah  dan  kokurikulum.  Pengiktirafan  juga  diberikan  kepada
               sekolah ini sebagai sekolah contoh untuk Sistem Pengurusan Sekolah Kualiti (SPSK) dan Pentaksiran
               Berasaskan Sekolah (PBS).
   3   4   5   6   7   8   9   10   11   12   13