Page 13 - Perayaab Di Malaysia (group 4)
P. 13

Banyak aktiviti yang dilakukan sepanjang bulan Pesta Kaamatan. Hongkod Koisaan,



                             Persatuan Kebudayaan Kadazan Dusun (KDCA) yang terletak di daerah Penampang akan



                             menjadi tumpuan semua masyarakat dari seluruh pelusuk negeri ini. Terdapat persembahan



                             kesenian, pameran kebudayaan serta jualan kraftangan di kesemua rumah tradisi etnik



                             Kadazan Dusun dan Murut (KDM) di sekitar KDCA. 31 Mei menjadi tarikh penting sambutan



                             Tadau Kaamatan setiap tahun apabila pertandingan ratu cantik yang terkenal iaitu 'Unduk



                             Ngadau' menjadi acara kemuncak perayaan itu.
   8   9   10   11   12   13