Page 4 - Perayaab Di Malaysia (group 4)
P. 4
Hari Raya
Aidiladha
Hari Raya Aidiladha atau dikenal sebagai Hari Raya Korban
mahu pun Hari Raya Haji ialah perayaan yang disambut oleh
umat Islam di seluruh dunia. Ini bagi menghormati kesanggupan
Nabi Ibrahim untuk mengorbankan anaknya Nabi Ismail
sebagai tindakan mematuhi perintah Allah. Namun sebelum
nabi Ibrahim mengorbankan anaknya, Tuhan telah
menyediakan seekor biri-biri untuk dikorbankan sebagai
gantinya. Di Malaysia, apabila umat Islam menyambut Hari
Raya Korban, mereka akan menyediakan haiwan seperti lembu
atau kambing untuk dikorbankan.

