Page 103 - MODUL 4 LANDSKAP HORTIKULTUR TING.4
P. 103

GLOSARI
               Glosari

            Analisis tapak                Kajian yang dijalankan di tapak cadangan bagi menilai kelebihan,
                                          kekurangan, potensi dan ancaman yang ada di tapak landskap
            Arah mata angin               Arah yang ditunjukkan oleh jarum kompas (utara, selatan, timur dan barat)
            Bangku taman                  Tempat duduk yang terdapat di taman landskap
            Buatan manusia                Barang-barang yang dibuat dan dihasilkan oleh manusia
            Fasad bangunan                Permukaan bangunan
            Garisan                       Satu deretan titik yang bersambung-sambung yang mempunyai jarak
                                          tertentu
            Gazebo                        Pondok kecil tanpa dinding yang terletak di taman rekreasi, halaman rumah,
                                          tempat orang berehat untuk menikmati pemandangan sekeliling
            IIusi                         Tanggapan yang tidak benar atau mengelirukan
            Implimentasi                  Proses melaksanakan sesuatu
            Intepretasi                   Tafsir, penjelasan
            Inventori landskap            Senarai terperinci elemen-elemen sedia ada di sesuatu kawasan landskap
            Konsep reka bentuk landskap   Idea yang mendasari sesuatu reka bentuk landskap
            Konsisten                     Mengikut atau selaras dengan yang sebelumnya
            Kontraktor                    Orang atau syarikat yang mengurus atau melakukan kerja dengan ikatan
                                          perjanjian
  4         Lakar                         Melukis secara kasar                                                        4
 MODUL      Landai                        Agak miring; hampir rata                                                   MODUL
                                          Pemandangan di atas permukaan bumi yang dihasilkan secara semula jadi mahu
            Landskap
                                          pun hasil binaan manusia

            Landskap kejur                Unsur-unsur binaan seperti wakaf/gazebo, pergola, bollard, permukaan keras
                                          seperti konkrit, jubin dan sebagainya
            Landskap lembut               Unsur-unsur asli / semula jadi iaitu tanaman seperti pokok utama, pokok renek,
                                          pokok memanjat, pokok herba atau pokok penutup bumi
            Palma                         Sejenis pokok daripada famili Palmaceae yang batangnya tegak lurus tidak
                                          bercabang dan berdaun di atas seakan-akan payung
            Pelan Asas                    Lukisan kawasan sedia ada
            Pelan Induk                   Rancangan menyeluruh yang merangkumi seluruh dasar dan segala rancangan
                                          kegiatan yang akan dilaksanakan
            Pelan Landskap                Lukisan mengikut skala bagi susun atur elemen landskap lembut dan landskap
                                          kejur pada satu kawasan
            Pelan penanaman               Lukisan susun atur tanaman landskap lembut berserta bilangan
            Pelan susun atur              Lukisan cara menyusun dan mengatur sesuatu taman
            Pelantar kayu                 Dek/lantai kayu
            Penghurufan                   Proses, pembuatan, seni atau cara menulis huruf pada sesuatu
            Penutup bumi                  Tanaman ditanam bagi tujuan menutupi permukaan tanah untuk pelbagai tujuan
            Pereka bentuk landskap        Orang yang menghasilkan suatu rekaan bagi ruang di kawasan luaran secara
                                          kreatif  melalui dua komponen utama iaitu landskap lembut (softscape) dan
                                          landskap kejur (hardscape) seperti tumbuh-tumbuhan, struktur buatan manusia,
                                          elemen air, batu-batan dan sebagainya
            Pergola                       Struktur berupa junjung atau gerbang daripada kayu atau besi yang menjunjung
                                          tumbuh-tumbuhan memanjat dan dapat dijadikan lorong pejalan kaki bertutup
            Pihak Berkuasa Tempatan       Badan yang bertanggungjawab mentadbir dan mengurus kemudahan awam di
                                          sesebuah daerah, bandar dan sebagainya
















                                                                                                             213
   98   99   100   101   102   103   104   105