Page 21 - MODUL 4 LANDSKAP HORTIKULTUR TING.4
P. 21

4.1.4  Menghasilkan Penghurufan Berdasarkan Saiz yang Bersesuaian


             Penghurufan pada pelan landskap sangat penting
             kerana informasi tidak dapat diterangkan dalam
             bentuk grafik tetapi perlu dinyatakan dalam bentuk
             nota, tajuk, label dimensi dan identifikasi.


             Penghurufan mampu membuatkan pelan landskap
             kelihatan kemas dan menarik namun, ia juga mampu
             menjadikan pelan tidak bermakna jika penghurufan
             tidak kemas, sukar dibaca atau comot.
             Contoh gaya penghurufan yang digunakan dalam
             pelan landskap:





                   Contoh teknik penghurufan arkitek.
                   https://eravisi.com/LAN_tg4/ms131-1

  4                                                                                                                   4   4
 MODUL                                                                                                               MODUL  MODUL




                    Contoh teknik penghurufan arkitek A
                    hingga Z.
                    https://eravisi.com/LAN_tg4/ms131-2



                                                                             Foto 4.20:   Penghurufan.



             Garisan halus boleh digunakan untuk memandu saiz dan keseragaman penulisan huruf. Garisan panduan
             ini hendaklah seragam dari segi ukuran, saiz grafik perlu mengikut jenis grafik, jenis penonton dan jarak
             grafik itu akan dilihat sesuai dengan peringkat umur. Keterangan huruf perlu dibuat dengan jelas. Susunan
             grafik, warna dan latar belakang yang baik dapat menjadikan bahan tersebut mudah dibaca dan menarik.































                                                 Foto 4.21:   Keseragaman tulisan.

                                                                                                             131
                                                                                                             1 31
   16   17   18   19   20   21   22   23   24   25   26