Page 34 - MODUL 4 LANDSKAP HORTIKULTUR TING.4
P. 34
Warna primer atau warna asas terdiri daripada warna kuning, biru dan
merah. Warna ini tidak boleh dihasilkan dengan campuran
warna-warna lain.
Warna sekunder dihasilkan dengan campuran dua warna asas, iaitu hijau
(biru + kuning), jingga (kuning +merah), dan ungu (merah + biru).
Warna tertier terdiri daripada campuran warna primer dan warna sekunder.
Contohnya kuning kehijauan (kuning + hijau), kuning kejinggaan (kuning
+ jingga), merah kejinggaan (merah + jingga), merah keungguan (merah +
ungu), biru keungguan (biru + ugu) dan biru kehijauan (biru + hijau).
• Warna tertier dapat menimbulkan kesan lebih lembut berbanding
warna sekunder dan warna asas.
Warna kontras (complimentary) ialah warna berlawanan dalam roda
warna. Ianya lebih terang dan lebih hidup (highlight).
4 4 4
MODUL MODUL Warna analogous adalah MODUL
warna berdekatan
dalam roda warna.
Ianya melambangkan
harmoni dan
kedamaian.
WARNA
ANALOGOUS
Warna panas dan sejuk ialah kelompok warna dalam roda warna bermula dari merah hingga kuning.
Warna ini mewakili simbol ceria dan semangat. Warna panas dapat mengesankan jarak yang dekat dan
menyebabkan ruang menjadi kecil dan sempit.
Ton warna ialah nilai pancaran warna iaitu dari terang ke gelap. Ia dihasilkan melalui campuran warna asal
dengan putih atau hitam mengikut kadar tertentu.
• Warna lebih terang jika dicampurkan dengan warna putih manakala warna lebih gelap apabila
dicampurkan dengan warna hitam.
• Jika menggunakan cat air, lebih air dicampurkan untuk mendapatkan warna cerah. Bagi mendapatkan
warna gelap, warna ditindihkan lapisan demi lapisan.
• Ton warna merupakan jenis warna yang berguna untuk mencipta ruang dan bentuk tiga dimensi
dalam seni tampak.
14 4
144

