Page 72 - MODUL 4 LANDSKAP HORTIKULTUR TING.4
P. 72
4.2.4 Memilih Tapak atau Kawasan untuk Mereka Bentuk Landskap
Tapak cadangan reka bentuk landskap ialah tapak yang ditunjukkan oleh pelanggan untuk dibangunkan
sebagai taman landskap. Lawatan tapak perlu dibuat dan kajian yang dilakukan perlulah teliti agar
permasalahan yang didapati di tapak dapat diselesaikan dan reka bentuk tapak yang dibangunkan berfungsi
dengan sepenuhnya.
4.2.5 Melukis Pelan Asas Mengikut Skala
Pelan asas ialah satu lukisan berskala yang merekodkan kedudukan semua elemen sedia ada di tapak
seperti laluan kereta, laluan pejalan kaki, patio, dek, benteng, dinding, pagar, tangga, utiliti, tumbuh-
tumbuhan dan lain-lain elemen yang ada.
Pelan asas tapak cadangan boleh didapati daripada pelanggan atau pihak berkuasa tempatan atau
dilukis sendiri oleh pereka bentuk landskap melalui kerja-kerja pengukuran di tapak semasa lawatan tapak
dilakukan. Ia akan dilukis selepas semua ukuran kedudukan diperoleh dan memindahkan ukuran tersebut
ke atas kertas pelan dengan skala yang sesuai.
Pelan asas sangat penting bagi dua perkara. Pertamanya, pelan asas merekodkan keadaan tapak
cadangan landskap sebelum reka bentuk landskap yang baru dibangunkan. Ia juga membantu dalam
mengenal pasti elemen sedia ada yang perlu dikekalkan, dibuang, digantikan dengan yang lain,
4 4 dipindahkan, ditanam semula atau dialihkan apabila kerja-kerja binaan reka bentuk dijalankan. Kedua, ia 4
MODUL MODUL akan digunakan bagi kerja-kerja inventori yang akan dijalankan. MODUL
Seorang pereka bentuk tapak akan menghadapi kesukaran untuk mengaitkan cadangan reka bentuk
yang baru dengan realiti keadaan tapak sedia ada tanpa merekodkan dengan tepat semua data fizikal
yang terdapat di tapak cadangan tersebut.
Langkah-langkah penyediaan pelan asas adalah seperti berikut:
Menentukan
sempadan
kawasan tapak.
Menentukan
kedudukan
bangunan rumah.
Menentukan
kedudukan pokok
dan tumbuhan sedia
ada yang lain.
Mengambil
gambar keadaan
Rajah 4.43: Langkah penyediaan pelan asas. tapak sedia ada.
2
182
18 18 2

