Page 70 - KSN BM Final
P. 70

Sebaik mencapai kemerdekaan negara pada tahun 1957, dan bermula                                         PENGURUSAN AWAM :
            dari tahun 1960 di Congo, Malaysia telah menyertai lebih 30 Operasi
            Pengaman di bawah panji PBB di serata dunia, di mana kita telah diberi                                 NILAI DAN ETIKA KERJA
            mandat untuk menguatkuasa keamanan di negara-negara yang bergolak.
            Malah, pencapaian yang paling membanggakan Malaysia adalah apabila                                   PEMBENTUK MASYARAKAT
            kita berjaya menyelaraskan kerangka perjanjian damai antara Kerajaan
            Filipina dan Barisan Pembebasan Islam Moro (MILF) baru-baru ini.

            Kejayaan-kejayaan ini adalah hasil dedikasi, komitmen dan kerjasama
            padu semua penjawat awam merentasi perkhidmatan awam dalam                                       ari ini merupakan hari yang bermakna kepada anda semua, di
            memastikan aspirasi negara tercapai. Penglibatan yang aktif dalam                                mana seramai 434 orang daripada 454 peserta telah berjaya
            pelbagai Misi Pengaman PBB juga menunjukkan kepercayaan masyarakat                        Hmengharungi kursus Diploma Pengurusan  Awam (DPA) yang
            dunia kepada Malaysia dalam mengekalkan keamanan sejagat.                                  dijalankan selama enam bulan. Saudara dan saudari seharusnya bangga
                                                                                                       kerana berjaya mengatasi cabaran, mengetepikan kepentingan peribadi
            Sebuah perkhidmatan awam yang cekap, berkesan, responsif dan berani                        serta memberi sepenuh komitmen dalam menjalani kursus ini. Syabas
            berubah adalah amat mustahak bagi menangani cabaran yang akan                              dan tahniah kerana telah berjaya mengharungi cabaran ini biarpun
            ditempuhi dalam usaha menjadi negara berpendapatan tinggi pada tahun                       menghadapi pelbagai bentuk ujian. Ingatlah, untuk menjadi pemimpin
            2020 dan memastikan Malaysia terus kekal aman, maju dan makmur                             yang berkualiti dan berwibawa, saudara dan saudari perlu mengharungi
            pada abad ke-21. Sesungguhnya pembaharuan yang akan dilakukan oleh                         perjuangan dengan bermula dari bawah, iaitu sebagai peserta atau
            perkhidmatan awam ini bukanlah bersifat top down tetapi sebaliknya,                        pengikut dengan menyempurnakan pelbagai tugas dan melaksanakan
            melibatkan jalinan dan gabungan semua peringkat dalam perkhidmatan                         apa jua arahan yang diterima. Seperti yang pernah dikatakan oleh
            awam dan angkatan tentera bermula dengan kepimpinan atasan.                                falsafah Aristotle,  “He  who  cannot  be  a  good  follower,  cannot  be  a
                                                                                                       good leader”.
            Sebelum mengakhiri ucapan, saya ingin mengingatkan bahawa kita tidak
            boleh sama sekali alpa dan berasa selesa dengan keamanan yang ada di                       Kerajaan telah melaksanakan pelbagai inisiatif dan usaha bagi
            negara kita buat masa kini. Malah, dengan pembangunan negara yang                          pembangunan modal insan dalam perkhidmatan awam. Ini kerana
            semakin pesat melalui Dasar Transformasi Nasional, sudah pasti akan ada                    kerajaan menyedari bahawa untuk menjayakan  Agenda Transformasi
            anasir-anasir di dalam mahu pun di luar negara, yang cemburu dan iri                       Negara, kita perlu mempunyai modal insan yang kompeten dan berdaya
            hati dengan kejayaan pembangunan dan keamanan negara kita ini.                             saing tinggi. Usaha dan inisiatif pengukuhan modal insan perkhidmatan
                                                                                                       awam ini pastinya melibatkan pelaburan yang tinggi. Sehubungan itu,
            Sehubungan dengan itu, saya berharap agar warga MINDEF akan terus                          tuan-tuan dan puan-puan seharusnya bersyukur kerana kerajaan telah
            menunjukkan prestasi kerja yang baik, bertanggungjawab dan berintegriti                    membuat pelaburan dalam bentuk wang, masa dan sumber untuk
            dalam  melaksanakan  amanah  yang  telah  diberikan  bagi  meneruskan                      melatih dan menyediakan tuan-tuan dan puan-puan untuk berhadapan
            kesinambungan dan komitmen dalam mempertahankan kedaulatan                                 dengan cabaran sebagai pegawai PTD kelak.
            negara, serta sentiasa bersiap sedia dalam menghadapi cabaran atau
            ancaman kepada pertahanan negara.                                                          Kursus DPA ini telah diatur untuk menggilap dan mengasah bakat
                                                                                                       kepimpinan dalam diri PTD Muda, selaras dengan aspirasi “Building
                                                                                                       tomorrow’s leaders today” oleh INTAN. Oleh itu, saya berharap agar
                                                                                                       saudara dan saudari sekalian dapat menggunakan ilmu yang diperolehi
                                                                                                       dengan sebaik mungkin bagi mengekalkan momentum kecemerlangan
                                                                                                       diri anda semua sepanjang tempoh perkhidmatan. Ini adalah selaras



            Majlis Ramah Mesra Bersama Warga Kementerian Pertahanan.
            18 Februari 2013, Kementerian Pertahanan, Kuala Lumpur.

        60    Merakyatkan Perkhidmatan Awam : Koleksi Ucapan Ketua Setiausaha Negara                                                                                61
   65   66   67   68   69   70   71   72   73   74   75