Page 2 - Buku Program Majlis Anugerah Kecemerlangan SKSA 2021 (UPDATE)
P. 2
PENGHARGAAN
Sekolah amat mementingkan kecemerlangan murid dari pelbagai
bidang perkembangan murid terutama dalam aspek akademik,
sahsiah mahupun kokurikulum. Kecemerlangan murid pula
mencerminkan perkembangan serta kemajuan sekolah, dalam
melahirkan modal insan dan seterusnya membuktikan sekolah
adalah sebagai satu institusi pendidikan yang berwibawa dan
berjaya. Oleh itu, segala kecemerlangan yang dicapai wajar diberi
pengiktirafan oleh pihak sekolah. Hari Anugerah Kecemerlangan
merupakan agenda tahunan sekolah yang merupakan satu medium
bagi pihak sekolah meraikan murid-murid yang menunjukkan
potensi dan kesungguhan dalam mencapai kecemerlangan diri.
Adalah menjadi harapan, pengiktirafan ini menjadi motivasi
kepada setiap murid untuk mencontohi atau mengulangi kejayaan
yang sama atau lebih baik pada tahun berikutnya. Di samping itu,
Hari Anugerah Kecemerlangan juga adalah sebagai medium untuk
mengeratkan hubungan antara sekolah dengan masyarakat
setempat.
2

