Page 2 - BUKU PENGURUSAN & TAKWIM PPD HULU LANGAT TAHUN 2020
P. 2

Prakata



                                Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

                                Bersyukur  kita  ke  hadrat  Allah  SWT  kerana  dengan  izin-NYA  Buku
                                Panduan  Pengurusan  Pejabat  Pendidikan  Daerah  Hulu  Langat  telah
                                dapat disiapkan dengan sempurna. Terlebih dahulu, sekalung tahniah
                                dan  jutaan  terima  kasih  saya  tujukan  kepada  Jawatankuasa  Buku
                                Panduan  Pengurusan  ini  yang  telah  bertungkus-lumus  bekerja
            menyiapkan buku ini. Buku ini adalah hasil inisiatif PPD Hulu Langat, Majlis Guru Besar
            (MGB) Daerah Hulu Langat dan Majlis Pengetua Sekolah Malaysia (MPSM) Daerah Hulu
            Langat. Buku ini penting sebagai garis panduan dan rujukan kepada semua warga pendidik
            dan anggota kumpulan pelaksana untuk melaksanakan tugas dengan lebih konsisten dan
            sistematik.

            Buku  Panduan  Pengurusan  PPD  Hulu  Langat  ini  mengandungi  maklumat  berkaitan
            panduan  am  pihak  pengurusan  PPD  Hulu  Langat,  takwim  tahunan,  serta  maklumat
            perhubungan  secara  telemokumunikasi  di  antara  semua  sekolah  dalam  daerah  Hulu
            Langat.

            Semua warga pendidik khususnya para pegawai , guru dan anggota kumpulan pelaksana
            perlu meneliti dan memahami isi kandungannya agar dapat dilaksanakan dengan penuh
            dedikasi. Sebagai penjawat awam, sama ada di PPD Hulu Langat atau pun sekolah kita
            bertanggungjawab  melaksanakan  dasar-dasar dan  arahan-  arahan  kerajaan,  khususnya
            yang  berkaitan  dengan  Kementerian  Pendidikan  Malaysia.  Harapan  saya  agar  buku  ini
            menjadi pemangkin untuk memudahkan proses komunikasi antara pihak sekolah dengan
            PPD  Hulu  Langat.  Pihak  sekolah  juga  diharap  dapat  menggunakan  buku  ini  bagi
            mendapatkan  gambaran  yang  lebih  jelas  tentang  program  dan  aktiviti  yang  dirancang
            sepanjang Tahun 2020.

            Dalam usaha ke arah transformasi dan pembaharuan sistem pendidikan ini, transformasi
            bermula dari dalam bilik darjah menjadi fokus pihak sekolah untuk mengekalkan matlamat
            asas iaitu melahirkan modal insan kelas pertama dan membentuk generasi rabbani. Dalam
            mendepani  Transformasi  Pendidikan  sudah  pasti  kita  perlu  mengubah  dan  melakukan
            transformasi pemikiran, sikap dan kesediaan untuk melakukan perubahan dalam kalangan
            pentadbir  dan  guru  di  sekolah.  Matlamat  utama  transformasi  ini  adalah  untuk  melihat
            keberhasilan  kemenjadian  murid  dan  peningkatan  kualiti  guru.  Seruan  transformasi
            pendidikan  yang  mengajak  semua  entiti  seperti  pemimpin  sekolah,  guru,  komuniti  dan
            warga pendidikan lain berkolaborasi, berkongsi inovasi dan kemahiran, dan menguak tabir
            minda ke arah perubahan yang berkesan selari dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan
            yang diterjemahkan dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM).  Hala tuju
            pendidikan  KPM  pada  era  baharu  ini  adalah  untuk  memastikan  kemenjadian  murid
            berteraskan 4M iaitu membaca, menulis, mengira dan manusiawi. Sekiranya kita dapat
            memupuk semangat kerjasama dan permuafakatan serta komitmen yang tinggi dalam apa-
            apa jua tugasan yang diberikan, kejayaan dan kecemerlangan akan pasti menjadi milik kita.

            Akhir kalam, saya mengajak semua warga pendidik daerah Hulu Langat untuk
            memanfaatkan sepenuhnya penggunaan buku ini ke arah usaha meralisasikan
            kecemerlangan pendidikan Daerah Hulu Langat.

            Sekian.
   1   2   3   4   5   6   7