Page 18 - TS25 MODUL 3 SJKC KAMPUNG TENGAH
P. 18

Menyediakan Pesekitaran Bilik Darjah PAK21


                   Keberkesanan pembelajaran abad ke-21 ini bukan sekadar tertumpu pada prasarana
            dan  susun  atur  bilik  darjah  tetapi  penentu  utama  kejayaan  adalah  aktiviti  pengajaran  dan

            pembelajaran  yang  berpusatkan  murid  bukan  berpusatkan  guru.  Guru  perlu  menjadi

            pemudahcara kepada murid dalam sesuatu aktiviti di dalam kelas.

                   Persekitaran fizikal bilik darjah adalah penting kerana persekitaran yang kondusif boleh

            menggalakkan atau menghalang pembelajaran. Dari segi susunan fizikal bilik darjah, meja
            dan kerusi murid-murid disusun dengan kemas dan rapi mengikut kumpulan. Oleh kerana  kini

            masih lagi ada penularan pandemik covid-19, maka susunan meja dan kerusi murid-murid
            adalah secara individu.


                   Dari segi saiz bilik darjah, ruang aktiviti  yang sesuai diperlukan bagi memudahkan

            murid dan guru membuat aktiviti pembelajaran. Dari segi kemudahan, bilik darjah abad ke-21
            dilengkapi dengan kerusi dan meja yang mencukupi, papan hitam atau putih, sudut OPEM,

            sudut  bacaan,  kad  traffic  light,  ruang  paparan  hasil  kerja  murid,  parking  lot,  bahan-bahan
            untuk pengajaran dan pembelajaran, alat bantu mengajar yang disediakan oleh guru.


                   Parking  lot  adalah  satu  sudut  murid  boleh  menampal  semua  refleksi  tentang

            pembelajaran  yang  telah  diikuti.  Guru  perlulah  mengambil  maklum  dan  memberikan
            penerangan jika ada sebarang soalan yang ditampal oleh murid pada parking lot tersebut.

            Melalui  kaedah  ini,  guru  dapat  mengetahui  jumlah  murid  yang  menguasai  atau  tidak
            menguasai pembelajaran hari tersebut.




                   Kegunaan kad traffic light membolehkan guru mengetahui tahap pemahaman murid.

            Murid yang tidak faham akan mengangkat kad berwarna merah, murid yang tidak pasti akan

            mengangkat  kad  berwarna  kuning  manakala  murid  yang  faham  akan  mengangkat  kad
            berwarna  hijau.  Selain  itu,  kag  traffic  light    juga  boleh  digunakan  untuk  mengawal  murid

            daripada bercakap apabila ingin melontarkan pertanyaan. Murid yang ingin bertanya, boleh
            diarahkan untuk mengangkat kad traffic light berwarna  merah  atau kuning dan guru akan

            bergerak ke arah murid tersebut.


                   Seterusnya,  sudut  OPEM  adalah  bermaksud  sudut  untuk  guru  menulis  objektif
            pembelajaran dan kriteria kejayaan. Objektif pembelajaran dan kriteria kejayaan bukan sahaja

            ditulis tetapi perlu diterangkan oleh guru kepada murid. Setiap kali mencapai objektif, cikgu



                                                                                                            18
   13   14   15   16   17   18   19   20   21   22   23