Page 53 - TS25 MODUL 3 SJKC KAMPUNG TENGAH
P. 53

Nyatakan falsafah di sebalik aktiviti ini.










































                          Aktiviti ini dijalankan untuk mengenalpasti perbezaan murid dari pelbagai
               aspek  supaya  merancang  aktiviti         PDP  yang  bersesuaian  bagai  memenuhi
               kepelbagaian  murid.  Dalam  aktiviti  ini,  murid-murid  menggunakan  tujuh  cara
               penglibatan untuk menghasilkan objek daripada bentuk-bentuk yang berlainan secara
               kumpulan.


                          Memandangkan  gaya  pembelajaran  dan  kebolehan  murid  yang  berbeza,
               serta kecerdasan yang pelbagai, objek yang dihasilkan juga berlainan. Setiap objek
               yang  dihasilkan  membawa  makna  yang unik pada setiap  murid. Justeru itu, murid
               diminta berkongsi idea dan pandangan masing-masing.

                          Menurut  objek  yang  dihasilkan,  murid  ini  mempunyai  interpersonal  yang
               ceria  kerana  menggunakan  bentuk  yang  berwarna-warni  dalam  pembentukan
               istana.Bentuk yang berlainan ketinggian menunjukkan murid ini mempunyai kekuatan
               dan kelemahan tersendiri. Murid ini juga seorang yang mencintai alam sekitar kerana
               dua tiang istana yang berwarna hijau.

                          Bulatan di atas bumbung istana mencerminkan matahari bagi murid ini untuk
               memeriahkan  kehidupan.  Ketiga-tiga  pintu  dalam  istana  merupakan  saluran
               perhubungan  dengan  masyarakat.  Terdapat  tiga  segi  empat  yang  sama  saiz
               melambangkan sifat kesederhanaan murid ini.

                          Kehidupan  murid  ini  adalah  seimbang  dari  segi  pembelajaran,kesukanan
               dan keluarga. Pada keseluruhan objek istana kelihatan harmoni melambangkan murid
               ini adalah seorang yang tenang,bertoleransi dan berhemah tinggi.
   48   49   50   51   52   53   54   55   56   57   58