Page 8 - TS25 MODUL 3 SJKC KAMPUNG TENGAH
P. 8

Rumusan


                          Secara  keseluruhannya,  semua  guru  berada  pada  tahap  FAHAM  tentang
            maklumat  asas  PAK21.  Ini  adalah  hasil  daripada  pembacaan,  pendedahan  dan  amalan

            perkongsian serta penglibatan guru-guru di dalam kursus, bengkel, taklimat dan sesi Latihan

            Dalam Perkhidmatan (LDP)dan PLC yang disertai. Guru-guru juga menggunakan aktiviti-
            aktiviti PAK21 yang berlainan untuk melibatkan murid-murid belajar aktif dalam PdPc.


                          Dapatan daripada soal selidik Google Form, terdapat 2 item yang melebihi 10%

            tahap kurang faham tentang konsep PAK21. 2 item tersebut ialah

                   a)  Item 3 – Kemahiran 4C

                       Seramai 21 orang guru (91.3%) telah memberi jawapan yang tepat iaitu kemahiran

                       4C (Communication,Collaboration, Critical Thinking, Creativity) , manakala 4 orang
                       (17.4%) pula memberikan jawapan yang pelbagai namun hampir tepat.


                   b)  Item 9 – Bilakah objektif pembelajaran dan kriteria kejayaan perlu

                                     ditulis dan diberitahu?
                       Sebanyak  20  orang  guru  (87%)  telah  keliru  dengan  kehendak  soalan.  Hanya  3

                       orang  guru  (13%)  telah  memberikan  jawapan  yang  tepat  dalam  soalan  ini  iaitu

                       objektif  pembelajaran  dan  kriteria  kejayaan  perlu  ditulis  dan  diberitahu  kepada
                       murid-murid  selepas  guru  melaksanakan  set  induksi.  Hal  ini  demikian  kerana

                       selepas  set  induksi  barulah  guru  mengaitkan  apa  yang  dilakukan  dengan  isi
                       pelajaran  pada  hari  itu.  Pada  waktu  tersebut,  objektif  pembelajaran  dan  kriteria

                       kejayaan diberitahu dan ditulis atau ditampal pada sudut OPEM.


                          Oleh itu, pihak SLT akan memberi tumpuan khusus bagi  Item 3 dan Item 9.

            Antara tindakan yang perlu diambil oleh pihak sekolah ialah kedua-dua item tersebut akan
            diberi penekanan yang lebih semasa melaksanakan CPD amalan Pembelajaran Abad


            ke-21 nanti.











                                                                                                             8
   3   4   5   6   7   8   9   10   11   12   13