Page 144 - Kit Info Grafik Sekolah Menengah Negeri Johor KIK-J
P. 144
PANDUAN PENGURUSAN DIRI MURID
Tidak kira sama ada anda murid
sekolah rendah, sekolah menengah atau
Institusi Pengajian Tinggi, anda perlu
mempunyai disiplin diri yang tinggi
untuk berjaya. Mari kita lihat
bagaimana caranya.
#1 PENGURUSAN TIDUR
Tidur malam yang mencukupi adalah sangat penting
untuk pelajar. Sebaiknya dapatkan waktu tidur malam
antara 7-9 jam sehari.Tidur berfungsi memulihkan otak
dan menyegarkan tubuh. Tanpa tidur yang cukup,
berkemungkinan kosentrasi anda juga akan terganggu.
#2 PENGURUSAN MAKAN
Diet yang sihat sangat penting untuk murid.
Makanan yang seimbang dapat membantu anda lebih
fokus dan bermotivasi. Buah-buahan dan sayur- sayuran
sangat baik untuk kesihatan anda.
#3 SEDIAKAN KALENDAR
Adalah sangat penting untuk anda mencatat setiap
tugasan yang penting. Penggunaan kalendar atau ‘planner’
dapat membantu anda untuk berada dalam keadaan
sentiasa bersedia untuk menyiapkan tugasan
mengikut arahan guru/pensyarah.
#4 PENGGUNAAN TEKNOLOGI
Memandangkan anda adalah generasi yang muda,
penggunaan alat seperti telefon bimbit,komputer
riba, tablet dan telefon pintar sangat efisien untuk
anda. Walau bagaimanapun, harus bijak menyeimbangi
penggunaannya dan hanya digunakan untuk mengakses
maklumat penting berkait pembelajaran.
#5 PEMBELAJARAN BERTERUSAN
Sentiasa praktikkan belajar dari awal tahun.
Proses ulangkaji yang konsisten dapat membantu anda
berada dalam situasi yang sentiasa bersedia bagi
menghadapi peperiksaan. Ingat! Jangan suka bertangguh.
#staysafe #stayhome
#kekaltenang
Cikgu Ezlin
PERKONGSIAN UBK SMK MOHD KHALID, JOHOR BAHRU

