Page 232 - Kit Info Grafik Sekolah Menengah Negeri Johor KIK-J
P. 232
BAHAYA ROKOK
DEFINISI ROKOK DAN MEROKOK
Rokok ialah tembakau yang dibalut berbentuk silinder sama ada daripada kertas mahupun
daripada pelbagai jenis daun berukuran antara 70mm hingga 120mm dengan diameter 10mm
(berlainan mengikut negara). Rokok dibakar pada salah satu hujungnya dan dibiarkan
membara agar asapnya dapat dihirup melalui mulut pada hujung yang lain.
Merokok pula ialah aktiviti seseorang yang menggunakan sebatang rokok.
Asap Rokok Mengancam Kanak-Kanak
Kanak-kanak juga dikategorikan sebagai perokok pasif.
Ini kerana kanak-kanak menyedut asap rokok basi yang
disebarkan oleh perokok. Akibatnya, kanak-kanak yang
terdedah kepada asap rokok basi mempunyai risiko lebih
tinggi untuk mengalami pelbagai masalah kesihatan.
Di antara masalah kesihatan yang mungkin dialami adalah
batuk, asma serta jangkitan paru-paru dan telinga.
Apakah yang dimaksudkan Asap Rokok Basi?
Sebenarnya racun-racun ini (rujuk Gambar ) telah melekat
pada tubuh, baju dan rambut perokok. Selain itu, ia juga
telah jatuh dan kekal pula pada peralatan, perabot,
kusyen serta lantai dan karpet.
Fakta Membimbangkan Akibat Merokok
50% dari golongan lelaki di Malaysia adalah perokok.
Di Kuala Lumpur, nisbah antara perokok lelaki dan wanita
di bawah umur 30 tahun adalah 5:1. 25% dari pelajar sekolah
berumur 15 tahun ke atas pernah mencuba merokok dan 70%
dari kumpulan ini akan menjadi perokok apabila meninggalkan
bangku sekolah. 60-75% dari asap rokok akan disedut oleh
orang yang tidak merokok. Hanya 50% perokok akan dapat
menjangkau umur 70 tahun. Rakyat Malaysia membelanjakan
RM1.5 bilion setiap tahun untuk membeli rokok.
Berhenti merokok - Kalau
#staysafe #stayhome #berhentimerokok bukan untuk diri anda,
lakukanlah untuk anak-anak
anda

