Page 358 - Kit Info Grafik Sekolah Menengah Negeri Johor KIK-J
P. 358
#1 Kenali Diri
➢ Anda boleh bertemu kaunselor di sekolah atau
institusi pengajian untuk menduduki Ujian
Psikometrik minat kerjaya @ ujian personaliti
bagi mengenal pasti kecenderungan / bakat dan
personaliti yang anda miliki.
➢ Kejujuran adalah sangat penting semasa
menjawab kerana ia akan menentukan analisis
yang dibuat oleh kaunselor benar sepadan
dengan tret diri anda.
➢ Bagi yang bersekolah, anda tidak perlu risau
kerana kaunselor akan menjalankan ujian ini dua
kali iaitu pada usia anda 13 tahun (Tingkatan
1) dan semasa anda berusia 15 tahun
(Tingkatan 3)
➢ Interpretasi ujian akan dibuat dengan merujuk
kepada Teori Kerjaya John L Holland yang
membahagikan kita kepada 6 ciri personaliti di
mana setiap orang akan memperoleh 3 ciri yang
dominan dan sepadan dengan dirinya.
Kitkenalklusterkerjaya/ezlin2020
Cikgu Ezlin

