Page 448 - Kit Info Grafik Sekolah Menengah Negeri Johor KIK-J
P. 448

PANDUAN TEMUDUGA





             #1 Buat kajian ringkas
             Setelah menerima tawaran/panggilan temuduga
             sama ada untuk kemasukan ke universiti,
             tawaran biasiswa atau untuk mula bekerja,
             pastikan anda membuat kajian ringkas tentang
             organisasi atau bidang kursus yang ditawarkan
                                                   #2 Rancang perjalanan ke lokasi temuduga
                                         Kenal pasti lokasi temuduga dan uruskan masa perjalanan
                                              dengan baik. Seeloknya anda tiba lebih awal ke lokasi
                                                    temuduga sekurang-kurangnya 15 minit sebelum
                                              temuduga bermula.Elok juga jika ada masa tambahan
                                                 dikhuatiri berlaku kesesakan atau kemalangan yang
                                                                              menyebabkan trafik sesak.

             #3 Pakaian yang sesuai, sediakan dokumen, portfolio dan pen
             Pastikan anda berpakaian yang sesuai,senarai semak dokumen
             yang diperlukan, jika ada portfolio lebih baik.
             Bawa lebih daripada satu pen untuk menulis.
             Manalah tahu tiba-tiba pen kehabisan dakwat,
             jadi anda tidak kalut meminjam pen orang lain.

                                              #4 Bertenang, ucap salam dan hormati panel
                                         Ketenangan adalah sangat penting agar proses temuduga
                                           berjalan dengan lancar. Beri salam kepada penumuduga
                                                         dan hanya duduk setelah dipersilakan duduk
                                                                                 oleh panel penumuduga
             #5 Kontak mata
             Pastikan anda memandang wajah penumuduga
             semasa menjawab soalan. Jika ahli panel lebih
             daripada seorang, kontak mata juga haruslah
             seimbang antara kedua panel. Selang selikan
             pandangan kerana ia menunjukkan anda berkeyakinan tinggi.
                                 #6 Ambil masa untuk menjawab dan ucap terima kasih
                                                                    Tidak perlu tergopoh gapah untuk
                                            menjawab soalan. Dengar dan fahami soalan serta beri
                                            jawapan yang terbaik. Setelah temuduga selesai jangan
                                                 lupa ucap terima kasih kepada panel penumuduga.








                                          #kekaltenang         #kekalselamat

                                                                                               Cikgu Ezlin

                                       PERKONGSIAN  UBK SMK MOHD KHALID, JOHOR  BAHRU
   443   444   445   446   447   448   449   450   451   452   453