Page 50 - PROGRAM PEMBANGUNAN GURU BAHARU
P. 50
Panduan Pelaksanaan Program kementerian
Pembangunan Guru Baharu pendidikan
(PPGB) 2015 malaysia
penGenalan
Dokumen Program Pembangunan Guru Baharu (PPGB) adalah dokumen yang diperlukan bagi
memulakan dan melaksanakan PPGB. Perincian setiap dokumen serta tatacara penyediaan
dan penggunaan dokumen adalah seperti di bawah.
i. surat lantikan Guru mentor oleh pentadbir sekolah
Surat Lantikan Guru Mentor adalah surat arahan kepada Guru Mentor yang dipilih
khas untuk membimbing Guru Baharu membangunkan kompetensi profesional mereka.
Pemilihan Guru Mentor adalah berdasarkan kesesuaian opsyen Guru Mentor dan
opsyen Guru Baharu, pengalaman mengajar, pengetahuan, kemahiran dan personaliti
Guru Mentor.
tatacara
1. Surat lantikan ini dikeluarkan kepada Guru Mentor sekurang-kurangnya satu (1)
minggu selepas Guru Baharu melaporkan diri di sekolah.
2. Maklumat seperti nama dan nombor kad pengenalan Guru Mentor dan nama
Guru Baharu serta tempoh pelaksanaan program dinyatakan.
3. Surat lantikan ini ditandatangani oleh Pengetua atau Guru Besar.
4. Satu (1) salinan surat disimpan dalam fail sekolah.
49

