Page 3 - TOKOH TEMPATAN
P. 3
beliau mendapat pendidikan daripada Haji Ya’qub
dan Haji Musa yang tinggal di Paya Bunga dan
seterusnya daripada Tok Ku Paloh. Haji Abdul
Rahman Limbong juga, seperti gurunya Tok Ku
Paloh, ialah seorang pengamal Tarikat
Sammaniyah.
❖ Menentang British kerana penguatkuasaan
undang-undang binatang buas, peraturan tanah
baharu dan pas kebenaran untuk menjalankan
aktiviti pertanian.
❖ Pada tahun 1922, Haji Abdul Rahman Limbong
bertindak sebagai peguam untuk membela petani
di Kuala Telemong yang ditangkap kerana
menentang peraturan baharu. Mereka telah
membersihkan tanah tanpa mengambil pas
kebenaran.
❖ Pihak British juga telah mengancam akan
mengambil tindakan undang-undang ke atas
mereka yang enggan membayar cukai.
3

