Page 56 - malaysia_2017
P. 56

PROFIL NEGARA  Sejarah Bendera Malaysia
            Pada 29 November 1949, Majlis Raja-Raja dengan kerjasama Majlis Perundangan
            Persekutuan telah mengadakan pertandingan peringkat kebangsaan untuk memilih
            reka bentuk bendera bagi kerajaan  yang bakal dibentuk.  Dalam  pertandingan
            mereka cipta bendera peringkat  kebangsaan  pada Mei  1948  tersebut, seramai
            373  karyawan telah mengambil  bahagian  dan  telah melalui proses pemilihan
            serta pertimbangan. Pada 15 November 1949 hanya tiga reka bentuk yang berjaya
            dipilih ke peringkat akhir dan ciptaan Encik Mohamed bin Hamzah (arkitek Jabatan
            Kerja Raya Negeri Johor) telah dipilih sebagai pemenang.
            Walau bagaimanapun reka bentuk  bendera tersebut telah dibuat  beberapa
            pindaan iaitu bulan sabit dan bintang yang pada asalnya berwarna putih digantikan
            dengan warna kuning bagi melambangkan warna Diraja dan telah diperkenankan
            oleh  Mesyuarat  Majlis  Raja-Raja pada  22  dan  23  Februari  1950.  Pada  19  April
            1950, Majlis Perundangan Persekutuan telah meluluskan usul yang dibentangkan
            oleh Pemangku Ketua Setiausaha Negara. Reka bentuk  bendera tersebut telah
            mendapat kelulusan King George VI pada 19 Mei 1950. Sehubungan dengan itu,
            buat  pertama kalinya  Bendera Persekutuan Tanah Melayu  telah dikibarkan  di
            perkarangan Istana Sultan Selangor dengan dihadiri oleh DYMM Raja-Raja Melayu
            dan pegawai-pegawai King  George VI pada 26 Mei 1950.  Bendera Persekutuan
            Tanah Melayu  telah dinaikkan dan berkibar secara rasmi pada 31 Ogos 1957 di
            Padang  Kelab  Selangor  seiring  dengan  berkumandangnya  lagu  Negaraku yang
            buat kali pertama diperdengarkan kepada umum.

            Bendera Persekutuan Tanah Melayu yang sebelum ini berjumlah 11 jalur melintang
            berwarna merah dan putih telah bertambah jalurnya kepada 14 jalur sebaik sahaja
            kemasukan Sabah, Sarawak dan Singapura dalam Persekutuan Malaysia pada 16
            September 1963.  Bendera ini  dikenali  sebagai bendera Malaysia. Penambahan
            jalur ini adalah bagi mewakili tiga negeri tersebut. Walaupun Singapura dikeluarkan
            dari Malaysia pada Ogos 1965, jumlah jalur pada bendera Malaysia masih kekal
            termasuk ciri-ciri yang ada padanya.

            Setelah berkibar megah sejak tahun 1950, pada malam 31 Ogos 1997 sempena
            sambutan 40  tahun  kemerdekaan negara, Tun  Dr. Mahathir Mohammad yang
            merupakan Perdana Menteri Malaysia ketika itu telah mengukir sejarah dengan
            mengumumkan nama baharu bagi bendera Malaysia iaitu sebagai Jalur Gemilang.


            Susunan Keutamaan Bendera
            Susunan  keutamaan bendera Malaysia dan  negeri-negeri ditentukan  mengikut
            susunan keutamaan DYMM Raja-Raja Melayu dan TYT Yang di-Pertua Negeri seperti
            yang termaktub dalam Perkara 70, Perlembagaan Persekutuan, Keutamaan Raja
            dan Yang di-Pertua Negeri.
            Selaras dengan perlantikan Ke bawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Muhammad
            V, Sultan Kelantan sebagai Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong XV pada
            13  Disember 2016,  kedudukan Susunan  Kekananan  Seri Paduka Baginda  Yang
            di-Pertuan  Agong,  Duli-Duli  Yang Maha Mulia Raja-Raja dan Tuan-Tuan Yang
            Terutama  Yang di-Pertua-Yang  di-Pertua Negeri, maka susunan  keutamaan
            bendera yang diperuntukan di bawah Surat Pekeliling Am Bil. 3 Tahun 1994 bagi
            bendera Malaysia dan negeri-negeri adalah berubah seperti berikut:


               56  MALAYSIA
                                2017
   51   52   53   54   55   56   57   58   59   60   61