Page 9 - malaysia_2017
P. 9

Perutusan Menteri






                                                “ .. ekonomi Malaysia kekal
                                            berdaya saing dan menunjukkan
                                           prestasi pertumbuhan yang cukup
                                                   memberangsangkan.”

                                            enerbitan buku ini merupakan satu bahan ilmiah
                                         Puntuk  paparan  masyarakat serta menyediakan
                                         laporan  tentang  peristiwa-peristiwa  penting  yang
                                         berlaku dalam negara antaranya penganjuran  Hari
                                         Kebangsaan  yang  mencatat sejarah penganjuran
                                         secara gilang gemilang dalam menghimpunkan rakyat
                                         Malaysia yang berbilang kaum dan bangsa. Sambutan
                                         yang  diterajui oleh  Kementerian Komunikasi  dan
              Multimedia Malaysia selaku Jawatankuasa Induk  Hari Kebangsaan adalah jalinan
              strategik bersama agensi awam dan swasta yang terlibat.

              Buku ini juga mencatat sejarah ekonomi Malaysia kekal berdaya saing dan menunjukkan
              prestasi pertumbuhan  yang  cukup  memberangsangkan. Buku  Rasmi Tahunan  ini
              penting sebagai rujukan utama tentang perancangan dasar dan hala tuju negara.
              Buku Rasmi Tahunan : Malaysia 2017 diharap dapat melakar era baru sebagai bahan
              rujukan  rasmi dan  menjadi  motivasi serta inspirasi  agar setiap  yang  membacanya
              merasa bangga dan menaikkan semangat jati diri.

              Sekalung syabas dan tahniah kepada Jabatan Penerangan Malaysia atas daya usaha
              menerbitkan Buku Rasmi Tahunan : Malaysia 2017. Bersesuaian dan bertepatan dengan
              peranan  Jabatan  Penerangan  di  bawah  Kementerian  Komunikasi  dan  Multimedia
              Malaysia dalam memasarkan maklumat yang sahih dan tepat serta laporan ringkas
              pencapaian kementerian-kementerian di Malaysia dan agensi yang mengurus tadbir
              pembangunan negara dalam tempoh masa Julai 2016 sehingga April 2017.
              Saya berasa bangga dengan komitmen dan semangat kerjasama tinggi yang diberikan
              oleh semua pihak dalam merealisasikan mendokumentasi buku ini. Semoga usaha dan
              dedikasi Jabatan Penerangan Malaysia dalam meneruskan penerbitan yang berilmiah
              ini berterusan untuk kegunaan bersama semua pihak dalam memasarkan maklumat
              kepada umum.






              DATUK SERI DR. SALLEH SAID KERUAK
              MENTERI KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA MALAYSIA.







                                                            MALAYSIA              9
                                                                         2017
   4   5   6   7   8   9   10   11   12   13   14