Page 5 - e-Kalatog Buku Teks Complete 19 Jun
P. 5

1
                   e-Katalog  Buku Teks



                                 Semanis Kata




                                 Pengarah BSTP











                                             Saya mengambil kesempatan ini untuk merakamkan ucapan

         syabas dan tahniah kepada Bahagian Sumber dan Teknologi Pendidikan atas

         penghasilan  e-Katalog  Buku  Teks.  Penerbitan  e-Katalog  Buku  Teks

         merupakan  satu  usaha  KPM  dalam  memantapkan  penyampaian  maklumat

         berkaitan judul buku teks yang digunakan di sekolah-sekolah.
         Penghasilan  e-Katalog  ini  juga  merupakan  wadah  serta  mencerminkan

         komitmen  dan  sokongan  padu  KPM  dalam  usaha  meningkat  tahap

         pendidikan di negara ini. Buku teks merupakan rujukan utama dalam proses

         pengajaran  dan  pembelajaran  serta  merupakan  manifestasi  kepada

         kurikulum yang digunakan.
         Pihak KPM berharap e-Katalog ini dapat menjadi sumber rujukan kepada ibu

         bapa dan penjaga, pihak awam, badan berkanun dan swasta dalam pemilihan

         pembelian buku teks di pasaran terbuka. Diharapkan penghasilan e-Katalog

         ini  dapat  dimanfaatkan  oleh  semua  pihak  di  pelbagai  peringkat  termasuk

         murid, sekolah, Pejabat Pendidikan Daerah, Jabatan Pendidikan Negeri dan
         institusi di Kementerian Pendidikan Malaysia.

         Akhir  kata,  saya  mengucapkan  terima  kasih  atas  usaha  murni  dalam

         penghasilan e-Katalog ini dan semoga penerbitannya dapat membantu dan

         dimanfaatkan  oleh  setiap  lapisan  masyarakat  khususnya  mereka  yang

         terlibat dalam bidang pendidikan di negara ini










           (MAZNAH BINTI ABU BAKAR ANS, PMC           )
   1   2   3   4   5   6   7   8   9   10