Page 19 - [PENGURUSAN : KURIKULUM ]
P. 19
SMK RANTAU PANJAN 1 G 8 , KLANG. JAWATANKUASA SEKOLAH : KURIKULUM 2021
7. Guru Perpustakaan
Puan Salinatul Saadiah binti Saat
Cik Nur Wahidah binti Abdul Jamil
8. Semua Penyelaras Tingkatan
9. Semua Guru Tingkatan
Senarai Tugas:-
1 Penyelaras Program
Memahami dasar dan matlamat program.
Menyelaras aktiviti galakan membaca yang memperkukuh program NILAM.
Memberi taklimat kepada murid-murid.
Memastikan pelaksanaan program NILAM berjalan lancar melalui pemantauan, perjumpaan
dengan guru serta temubual murid dengan ibu bapa.
Mengamati masalah, kelemahan dan kejayaan program.
Menyediakan pengkalan data maklumat berkaitan.
Menyelaraskan pengurusan data (pengisian, pengumpulan dan analisa).
2 Setiausaha
Menyimpan rekod, minit mesyuarat dan surat-menyurat.
Menyelaras perjalanan mesyuarat dan hal-hal berkaitan.
Menyediakan laporan berkala dan Laporan Tahunan bertulis untuk dikemukakan kepada PKG
dan Penyelaras Program Negeri (PSPN).
Menjadi urusetia untuk Anugerah Program NILAM peringkat sekolah.
Menguruskan data rekod bacaan pada peringkat sekolah.
Pengedaran Buku Rekod Membaca (BRM) baru kepada murid-murid.
Menyimpan rekod penjualan/pengedaran BRM.
3 Guru Panitia
Membantu pihak sekolah dalam pemilihan bahan bacaan untuk murid-murid.
Merancang dan menyelaras aktiviti PdPc yang menjurus ke arah pembacaan berkualiti.
Menggalak dan membimbing murid-murid untuk membaca secara intensif.
Mengesah dan menandatangani Buku Rekod Membaca.
Membantu Penyelaras Program bagi menganjurkan Aktiviti Galakan Membaca peringkat
sekolah.
4 Guru Perpustakaan
Memilih, menggred, menyedia dan mengedarkan bahan bacaan.
Mengagihkan buku secara pinjaman berkelompok (bulk loan).
Menyediakan dan mengemaskinikan Sudut NILAM di Pusat Sumber Sekolah.
Menyelaraskan penyimpanan dan pengedaran Buku Rekod Membaca (BRM) menerusi Guru
Kelas/Penyelaras Kelas.
Mengesah dan menandatangani BRM.
Membantu Penyelaras program bagi menganjurkan Aktiviti Galakan Membaca peringkat
sekolah.
18

