Page 10 - buku pengurusan KOKURIKULUM
P. 10
SMK RANTAU PANJANG, KLANG JAWATANKUASA SEKOLAH: KOKURIKULUM 2021
Senarai Tugas:
1 Tugas Jawatankuasa RIMUP adalah untuk merancang, mengatur, melaksana dan memantau kegiatan
– kegiatan khas yang telah dipersetujui oleh jawatankuasa.
2 Mesyuarat Jawatankuasa RIMUP hendaklah diadakan tidak kurang daripada dua kali setahun.
3 Pengerusi Jawatankuasa RIMUP boleh memanggil AJK pada bila – bila masa untuk bermesyuarat
dengan syarat notis dikeluarkan tujuh hari sebelum tarikh mesyuarat.
4 Pengerusi hendaklah memaklumkan kepada PPD selaku penasihat akan tarikh dan perjalanan
mesyuarat.
5 Pengerusi
• Pengerusi Jawatankuasa RIMUP hendaklah mempengerusikan semua mesyuarat. Jawatankuasa
bertanggungjawab sepenuhnya atas perjalanan semua mesyuarat.
6 Timbalan Pengerusi
• Dalam masa ketiadaan Pengerusi, Timbalan Pengerusi hendaklah menjalankan tugas – tugas
Pengerusi.
7 Naib Pengerusi
• Dalam masa ketiadaan Pengerusi dan Timbalan Pengerusi, Naib Pengerusi hendaklah
menjalankan tugas – tugas Pengerusi.
8 Setiausaha
• Setiausaha hendaklah mencatat dan menyimpan semua minit mesyuarat, menguruskan hal surat –
menyurat dan Pentadbiran serta membentangkan laporan tahunan.
• Menyediakan laporan aktiviti dua kali setahun untuk rujukan dan tindakan PPD/PPB.
9 Penolong Setiausaha
• Bertanggungjawab membantu setiausaha dalam semua urusan RIMUP dan menjalankan tugas –
tugas Setiausaha semasa ketiadaan Setiausaha.
10 Bendahari
• Bertanggungjawab dalam semua hal kewangan RIMUP.
• Menyimpan rekod-rekod kewangan.
• Menyediakan penyata kewangan tahunan untuk diaudit.
8

