Page 57 - KEELEKTROMAGNETAN
P. 57
8.5 Penjanaan dan penghantaran elektrik
Tenaga elektrik yang dijana di stesen jana kuasa, dihantar melalui kabel jarak jauh, dan kemudian
diedarkan kepada pengguna.
Sumber tenaga yang digunakan untuk menjana tenaga elektrik
Sumber tenaga boleh diperbaharui: sumber tenaga yang diganti secara berterusan dan tidak
akan habis.
Sumber tenaga yang tidak boleh diperbaharui : sumber tenaga yang tidak boleh diganti selepas
digunakan.
Tenaga boleh diperbaharui Tenaga yang tidak boleh diperbaharui
• Bahan api bio • Arang
• Biojisim • Minyak mentah
• Geoterma • Gas asli
• Kuasa hidro • Tenaga Nuklear (Uranium)
• Tenaga solar
• Kuasa pasang surut
• Kuasa ombak
• Kuasa angin
Cara untuk menjana elektrik
• Elektrik dihasilkan dengan menggunakan penjana
• Sebuah penjana mempunyai magnet besar yang diputar oleh turbin.
• Apabila magnet bertukar di dalam gegelung wayar, elektrik dihasilkan secara aruhan
elektromagnet.
• Banyak sumber tenaga yang digunakan untuk memutarkan turbin. 57

