Page 63 - KEELEKTROMAGNETAN
P. 63

Rangkaian Grid Nasional

   1. Rangkaian grid nasional ialah                                                      132 kV
        satu sistem kabel elektrik voltan                                                                            25 kV

        tinggi yang menyambungkan
        semua stesen-stesen janakuasa

        dengan pengguna di seluruh
        negara.
   2. Di Malaysia, tenaga elektrik

        dijanakan pada voltan 11 kV -
        33kV. Voltan ini kemudiannya

        dinaikkan dengan menggunakan
        transformer injak naik sehingga                   Industri Berat
        132 kV sebelum ia dihantar                                  33 kV

        melalui kabel grid.                               Industri Ringan
   3. Tujuan meningkatkan voltan                                    11 kV

        kepada 132 kV adalah untuk                                                                                     Domestik
        mengecilkan arus yang mengalir                                                                                    240 V
        melalui grid, dan ini

        mengurangkan kehilangan kuasa
        semasa penghantaran.

   4. Voltan tinggi dalam grid itu                                 Pejabat
        kemudiannya dikurangkan                                     415 V
        dengan transformer substesen

        untuk diedarkan kepada pengguna tempatan.

   5. Industri berat akan dibekalkan dengan kuasa pada 33 kV. Industri ringan akan dibekalkan
        dengan kuasa pada 11 kV. Pejabat akan dibekalkan dengan kuasa 415 V, manakala pengguna

        domestik akan mendapat bekalan kuasa 240 V.                                                                                       63
   58   59   60   61   62   63   64   65   66   67   68