Page 134 - 3. Buku Teks RBT Tingkatan 2
P. 134

-re



           EEElm"ngena[  Pasti Komponen Akuaponik

            Dalam sebuah  sistem akuaponik,  terdapat beberapa komponen  penting yang perlu  diketahui
           sebelum membina  sistem akuaponik. Komponen  utama yang  diperlukan  ialah tangki  ikan,
            bekas tanaman,  media tanaman,  sistem perpaipan,  pam air, dan penapis.



           Tangki ikan ialah tempat untuk memelihara  ikan
           sebagai  sumber nutrisi bagi tanaman  dan tempat
           pembiakan  ikan. Jenis tangki terdiri daripada kolam
           simen, akuarium,  kolam fibreglass,  drum plastik,
           dan lain-lain mengikut kesesuaian  projek. Kolam
           ikan haruslah mempunyai  kuantiti air yang lebih
           besar  bersesuaian  dengan saiz bekas atau  jumlah
                                                                 Gambar Foto 2.5.5 Tangkiikan
           tanaman  yang akan digunakan  dalam sebuah
                                                                 atau akuarium
           sistem akuaponik.  Penggunaan kolam berwarna
           gelap akan menghalang  pertumbuhan  lumut.



           Grow beds atau tempat untuk menanam
           tanaman  digunakan  dalam sistem akuaponik
           pasang  surut atau kitaran  sebagai  proses
           pengawalan  air. Biasanya, bekas  ini
           menggunakan  alat yang  dikenal sebagai
           auto siphon. Sifon ada pelbagai  jenis  seperti   Gambar  Foto 2.5.6 Bekas tanaman
           loceng sifon, U-sifon, dan sifon terapung.



           Media tanaman  berguna  sebagai  pernegang
           tanaman  agar dapat tumbuh.  Media tanamln
                                                                         :.ri,-T
           yang  baik haruslah mempunyai  ruang  udara
                                                        Batu kerikil
           dan daya tahan supaya tanaman lebih subur.
           Sebagai contoh, Ebb & F/oraz  (sistem  pasang
           surut)  boleh  menggunakan  pecahan genting,
           batu kerikil,  arang, dan lain-lain.  Untuk sistem
           NFT, media penanaman rock woolatau kain
           flanel boleh  digunakan.                                             Cocopeat
                                                       Gambar Foto 2.5.7 lenis-jenis  media penanaman


           Sistem  perpaipan  dalam akuaponik  boleh
           menggunakan  paip PVC dan paip poli.
           Sekiranya sistem akuaponik  memerlukan
           penyambungan  paip, maka beberapa
           bahan penyambungan  paip boleh
                                                     Paip PVC
           digunakan  mengikut keperluan.                                                Paip  poli
                                                             Gambar  Foto 2.5.8 Perpaipan
            124
   129   130   131   132   133   134   135   136   137   138   139