Page 145 - 3. Buku Teks RBT Tingkatan 2
P. 145
lffi"
Aspek penting dalam penyediaan laporan projek adalah struktur laporan. Struktur laporan
yang baik membolehkan pembaca memahaminya dengan mudah. Secara umumnya, struktur
laporan projek reka bentuk terdiri daripada bahagian seperti yang berikut.
Muka hadapan laporan haruslah dapat menarik minat pembaca dan hendaklah
Muka
mengandungi tajuk, nama murid, kumpulan atau unit, nama sekolah, nombor
Hadapan
rujukan atau nombor siri jika ada, dan tarikh.
Penghargaan bertujuan memberikan pujian atau penghargaan kepada mereka
Penghargaan yang telah memberikan sumbangan dan bantuan dalam menjayakan projek, juga
memberitahu pembaca tentang punca maklumat yang telah diperoleh.
Abstrak atau Menekan keistimewaan sesuatu projek atau penemuan dan penerangan
Ringkasan kepada tajuk.
t _ -,-._ Mengandungi ringkasan kandungan laporan dalam bentuk bab, tajuk, dan
lsl Kanclungan
subtaiuk. wJka sJrat perlu dinyalakan.
Hanya menyatakan isu reka bentuk baharu, tujuan berdasarkan konsep
Pengenalan 5W + 1 H (What, Why, When, Where, Who, How), dan kerja-kerja berkaitan yang
telah dilakukan sebelum ini.
Mengandungi maklumat yang terperinci, bersifat subjektif bergantung pada jenis dan
latar belakang projek, mudah difahami, dan jelas. Mengandungi isi utama seperti
Laporan jadual kerja, lakaran reka bentuk, borang analisis elemen reka bentuk, borang analisis
prinsip reka bentuk, model reka bentuk, senarai semak penilaian, serta kekuatan dan
kelemahan model reka bentuk,
Rumusan dan komen dibuat dengan mengaitkan objektif awal dengan pencapaian
yang telah diperoleh. Juga boleh menggabungkan bahagian perbincangan
dan analisis serta kesimpulan di bawah satu tajuk. Dalam bahagian ini juga,
Penutup cadangan akan dinyatakan dalam bentuk yang ringkas dan tepat tanpa sebarang
perbincangan. Hanya menyentuh cadangan untuk penambahbaikan atau
perubahan yang perlu dilakukan pada masa hadapan. Cadangan dinyatakan dalam
bentuk butiran atau senarai.
Penulisan rujukan perlulah mengikutformatAmerican Psychologicai Associatlon (APA).
Jenis Bahan I Contoh
Ruiukan
i
Buku I Viladomat, L. & Jones, P (2011). Aquaponics Training Manual.
Bibliografi
r United States: Creative Commons
Buletin , Sastro, Y. (201 5). Akuaponik: Budidaya Tanaman Terintergrasi
, dengan lkan, Permasalahan, Keharaan dan Strategi
: Mengatasinya. Buletin Pertanian Perkotaan. Vol.5 Bil.l:33 - 42
Lampiran bertujuan memberikan maklumat lanjut yang dapat menyokong
Lampiran penerangan yang diberi dalam bahagian induk laporan seperti senarai bahan yang
digunakan dan kos pengeluaran projek.
.l
135

