Page 7 - 3. Buku Teks RBT Tingkatan 2
P. 7

Buku  Teks REKA BENTUK  DAN TEKNOLOGI  TINGKATAN 2 ini ditulis  dengan  berpandukan
         objektif yang terkandung dalam Dokumen  Standard Kurikulum  dan Pentaksiran  (DSKP)
         yang disediakan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia.  Buku ini diolah dengan telitr dengan
         menekankan kemahiran berfikir,  kemahiran teknologi maklumat  dan komunikasi,  serta
         kemahiran  membuat  keputusan dan menyelesaikan  masalah  dalam kehidupan  seharian  agar
         murid dapat menguasai kemahiran yang diperlukan  pada abad ke-21.

         Untuk mencapai objektif tersebut,  pelbagai bahan tambahan  serta ciri-ciri  istimewa
       '  dimasukkan  ke dalam buku ini bagi merangsang minat murid terhadap Reka Bentuk dan
         Teknologi di samping  meningkatkan  kreativiti  guru dalam  pengajaran dan pembelajaran.
         Kepelbagaian  bahan ini ditonjolkan melalui penggunaan  ikon-ikon seperti yang  berikut:
   2   3   4   5   6   7   8   9   10   11   12