Page 22 - MANUAL PENGURUSAN - 2022
P. 22

10.     SEJARAH SEKOLAH:














               SK Seberang Takir telah mula dibina pada tahun 1938. Ianya terdiri dari sebuh bangsal dua tingkat
               yang  mengandungi  tiga  bilik  darjah.  Tingkat  atas  berlantaikan  kepingan  batang  pokok  kelapa

               digunakan  untuk  bilik  darjah  tahun  3,  4  dan  6  manakala  bahagian  bwah  beralaskan  pasir  tanpa
               kerusi  bagi  menempatkan  murid  tahun  1,  2  dan  3.  Bilangan  murid  ketika  itu  adalah  seramai  40
               orang  di  bawah  kepimpinan  Guru  Besar  bernama  Cikgu  Sulong  bin  Muhammad  dengan  dibantu

               oleh 5 orang guru. Jalan utama untuk sampai ke sekolah ialah dengan menyusuri sungai Seberang
               Takir kerana tiada jalanraya.


               Pada  awal  penubuhan,  sekolah  ini  dikenali  sebagai  Sekolah  Melayu  Seberang  Takir.  Pada  1
               Januari 1958, sekolah ini dibahagi kepada dua bahagian dan dinamakan sebagai Sekolah Umum

               Seberang  Takir  (L)  untuk  murid  lelaki    di  bawah  pimpinan  Guru  Besar,  Cikgu  Ali  bin  Musa  dan
               Sekolah Umum Seberang Takir (P) untuk murid perempuan di bawah pimpinan Guru Besar, Cikgu

               Zawiyah binti Abdullah.

               Pada 1 Mei 1960, sekolah ini dicantum semula dengan nama Sekolah Kebangsaan Seberang dan

               guru besar yang menerajui sekolah ini ialah Cikgu Ali bin Musa. Pada tahun 1964, nama sekolah
               diubah  kepada  Sekolah  Kebangsaan  Seberang  Takir  I  dan  II.  Guru  Besar  bagi  Sekolah
               Kebangsaan Seberang Takir I kekal di bawah pentadbiran Cikgu Ali bin Musa, manakala guru besar

               bagi  Sekolah  Kebangsaan  Seberang  Takir  II  ialah  Cikgu  Awang  bin  Musa.  Sembilan  tahun
               kemudian,  nama  sekolah  ini  dicantumkan  semula  dan  dikenali  sebagai  Sekolah  Kebangsaan
               Seberang Takir hinggalah ke hari ini.

               Pada tahun 1960, satu blok bangunan yang mempunyai 7 buah bilik darjah dibina bagi menampung
               pertambahan pelajar. Tidak lama kemudian, satu bangunan sekolah 2 tingkat dibina. Ia mempunyai

               6 buah bilik darjah, bilik guru besar dan pejabat sekolah.




                                                                                                               21
   17   18   19   20   21   22   23   24   25   26   27