Page 176 - PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN Cetakan Semula Sebagaimana pada 1 November 2010
P. 176

98                  Perlembagaan Persekutuan            [Perkara  94]

                    Kebajikan  Masyarakat  yang  sedia  ada  boleh  terus  menjalankan
                    fungsi  yang  dijalankan  olehnya  sebaik  sebelum  Hari  Merdeka.

                      (3)  Tiada apa-apa jua dalam Perlembagaan ini boleh menghalang
                    Kerajaan  Persekutuan  daripada  menubuhkan  Kementerian-
                    Kementerian  atau  jabatan-jabatan  Kerajaan  untuk  menjalankan
                    fungsi Kerajaan Persekutuan di bawah Perkara 93 dan Perkara ini
                    berhubung  dengan  perkara-perkara  yang  termasuk  dalam  kuasa
                    perundangan sesuatu Negeri, dan perkara-perkara yang sedemikian
                    bolehlah  termasuk  pemuliharaan  tanah,  kerajaan  tempatan  dan
                    perancangan bandar  dan desa.



                    pemeriksaan  aktiviti negeri

                    95.  (1)  Tertakluk  kepada  Fasal  (3),  pada  menjalankan  kuasa
                    eksekutif  Persekutuan  mana-mana  pegawai  yang  diberi  kuasa
                    oleh Kerajaan Persekutuan boleh memeriksa mana-mana jabatan
                    atau apa-apa kerja Kerajaan Negeri dengan tujuan untuk membuat
                    suatu  laporan  mengenainya  kepada  Kerajaan  Persekutuan.

                      (2)  Sesuatu  laporan  yang  dibuat  di  bawah  Perkara  ini,  jika
                    diarahkan  sedemikian  oleh  Kerajaan  Persekutuan,  hendaklah
                    disampaikan kepada Kerajaan Negeri dan dibentangkan di hadapan
                    Dewan Undangan  Negeri.

                      (3)  Perkara ini tidak memberi kuasa pemeriksaan mana-mana
                    jabatan  atau  apa-apa  kerja  yang  menguruskan  hanya  atau  yang
                    dijalankan hanya mengenai perkara-perkara yang termasuk dalam
                    kuasa perundangan  khusus  sesuatu  Negeri.

                             Bab  7—majlis  Negara  bagi  Kerajaan  Tempatan

                    majlis  negara bagi  kerajaan tempatan


                    95a.  (1)  Maka hendaklah ada suatu Majlis Negara bagi Kerajaan
                    Tempatan yang terdiri daripada seorang Menteri sebagai Pengerusi,
                    seorang  wakil  dari  setiap  Negeri  yang  hendaklah  dilantik  oleh
                    raja  atau  Yang  di-Pertua  Negeri,  dan  apa-apa  bilangan  wakil
                    Kerajaan  Persekutuan  yang  dilantik  oleh  Kerajaan  Persekutuan
                    tetapi,  tertakluk  kepada  Fasal  (5)  Perkara  95e,  bilangan  wakil
                    Kerajaan  Persekutuan  tidak boleh  melebihi  sepuluh.

                      (2)  Pengerusi boleh mengundi atas apa-apa soal di hadapan Majlis
                    Negara  bagi  Kerajaan  Tempatan  dan  mempunyai  undi  pemutus.
   171   172   173   174   175   176   177   178   179   180   181