Page 45 - PowerPoint Presentation
P. 45

PerkaraYang Perlu Dipatuhi Oleh Calon, Ejen-Ejen Pilihan Raya, Parti-Parti Politik
                     Dan Pekerja Serta Penyokong Calon Dan Parti Politik Semasa Berkempen


                                                    [Tafsiran berdasarkan Akta Kerajaan Tempatan 1976]





       01                Bayaran deposit bahan kempen kepada Pengarah Pilihan Raya Negeri dan kelulusan
                         daripada Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) untuk menaikkan bahan kempen.

                         (Sek 24B(4) AKPR1954)


       02                Mendapatkan permit daripada pihak Polis untuk mengadakan apa-apa perhimpunan

                         atau syarahan. (Sek 24B(3) AKPR1954)





       03                Perhimpunan atau syarahan hendaklah dilakukan secara aman, teratur danmengikut

                         undang-undang. Tidak boleh mengganggu atau menimbulkan kekecohan dalam

                         perhimpunan atau syarahan. (Sek 4A(1) AKPR1954)



       04                Mengelak daripada membuat kecaman mengenai keperibadian seseorang, termasuk
                         calon atau parti politik di khalayak ramai berdasarkan tohmahan, fitnah ataupun tuduhan

                         yang tidak berasas. (Sek11(1)(d) AKPR1954)



       05                Hanya boleh membuat komen mengenaicalon atau parti politik berhubung dengan dasar

                         dan program parti politik. (Sek 4A(1) AKPR1954)



                                                                                                                                                                                45
   40   41   42   43   44   45   46   47   48   49   50