Page 364 - PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN CETAKAN SEMULA Sebagaimana pada 1 November 2010
P. 364
190 Perlembagaan Persekutuan [jaDual
keDua]
(b) tiap-tiap orang yang lahir di luar Persekutuan yang bapanya pada
masa kelahiran itu seorang warganegara dan sama ada telah lahir di
Persekutuan atau pada masa kelahiran itu berada dalam perkhidmatan
Persekutuan atau perkhidmatan sesuatu Negeri; dan
(c) tiap-tiap orang yang lahir di luar Persekutuan yang bapanya pada
masa kelahiran itu seorang warganegara dan dalam masa satu tahun
selepas kelahiran itu berlaku atau dalam masa apa-apa tempoh yang
lebih lanjut sebagaimana yang dibenarkan oleh Kerajaan Persekutuan
dalam mana-mana hal tertentu, kelahiran itu didaftarkan di suatu
konsulat Persekutuan atau, jika kelahiran itu berlaku di Brunei atau
di sesuatu wilayah yang ditetapkan bagi maksud ini melalui perintah
Yang di-Pertuan Agong, didaftarkan dengan Kerajaan Persekutuan;
dan
(d) tiap-tiap orang yang lahir di Singapura dan sekurang-kurangnya seorang
daripada ibu bapanya pada masa kelahiran itu seorang warganegara
dan orang itu pada masa dia lahir tidak menjadi warganegara selain
menurut kuasa perenggan ini; dan
(e) tiap-tiap orang yang lahir di Persekutuan dan pada masa dia lahir
tidak menjadi warganegara mana-mana negara selain menurut kuasa
perenggan ini.
2. (1) Seseorang bukanlah warganegara menurut kuasa perenggan (a), (d)
atau (e) seksyen 1 jika, pada masa dia lahir, bapanya, yang bukan seorang
warganegara, mempunyai apa-apa kekebalan daripada guaman dan proses undang-
undang sebagaimana yang diberikan kepada utusan sesuatu kuasa berdaulat
yang diwatikahkan kepada Yang di-Pertuan Agong, atau jika bapanya ketika
itu seorang orang asing musuh dan kelahiran itu berlaku di suatu tempat di
bawah pendudukan musuh.
(2) Dalam seksyen 1, sebutan dalam perenggan (b) mengenai seseorang
yang lahir di Persekutuan termasuklah kelahiran sebelum Hari Malaysia di
wilayah-wilayah yang termasuk di dalam Negeri Sabah dan Sarawak.
(3) Bagi maksud perenggan (e) seksyen 1, seseorang akan dikira sebagai
mempunyai, pada masa dia lahir, apa-apa kewarganegaraan yang diperolehnya
dalam masa satu tahun kemudiannya menurut kuasa mana-mana peruntukan
yang bersamaan dengan perenggan (c) seksyen itu atau selainnya.

