Page 371 - PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN CETAKAN SEMULA Sebagaimana pada 1 November 2010
P. 371

[jaDual             Perlembagaan  Persekutuan                   193
              keDua]

              12.  Tertakluk kepada seksyen 11, daftar tersebut hendaklah menjadi keterangan
              muktamad  mengenai  perkara  yang  terkandung  dalamnya.
              13-15.  (Dimansuhkan).

                                       Kesalahan-kesalahan

              16.  (1)  Menjadi  suatu  kesalahan  yang  boleh  dihukum  dengan  pemenjaraan
              selama dua tahun atau denda sebanyak seribu ringgit atau kedua-duanya jika
              mana-mana  orang—
                    (a)  dengan disedarinya membuat apa-apa pernyataan palsu dengan tujuan
                        untuk mendorong Menteri membenarkan atau menolak mana-mana
                        permohonan  di  bawah  Bahagian  iii  Perlembagaan  ini,  termasuk
                        apa-apa  permohonan  untuk  menentukan  sama  ada  pemohon  itu
                        seorang  warganegara  melalui  kuat  kuasa  undang-undang;  atau
                    (b)  memalsukan atau tanpa kuasa yang sah mengubah mana-mana perakuan,
                        sama  ada  yang  dikeluarkan  atau  diberikan  di  Persekutuan  atau  di
                        mana-mana  tempat  lain,  atau  tanpa  kuasa  yang  sah  menggunakan
                        atau  ada  dalam  miliknya  apa-apa  perakuan  yang  telah  dipalsukan
                        atau  diubah  sedemikian;  atau
                    (c)  tidak mematuhi apa-apa kehendak yang dikenakan ke atasnya oleh
                        mana-mana  kaedah  yang  dibuat  di  bawah  seksyen  6  mengenai
                        penyerahan  perakuan;  atau
                    (d)  menyamar atau dengan cara palsu mengemukakan dirinya sebagai
                        atau bukan sebagai seorang yang kepadanya suatu perakuan, sama
                        ada  yang  dikeluarkan  di  Persekutuan  atau  di  mana-mana  tempat
                        lain,  telah  dikeluarkan  atau  diberikan  dengan  sewajarnya.
                (2)  Dalam  seksyen  ini,  “perakuan”  ertinya  apa-apa  perakuan  daripada
              perihalan yang berikut yang dikeluarkan di bawah Bahagian iii Perlembagaan
              ini,  iaitu:
                    (a)  apa-apa  perakuan  pendaftaran  atau  perakuan  naturalisasi  sebagai
                        seorang  warganegara;  dan
                    (b)  apa-apa perakuan pendaftaran yang dibuat di suatu konsulat Persekutuan
                        atau  di  mana-mana  tempat  lain  di  luar  Persekutuan;  dan
                    (c)  apa-apa  perakuan  seperti  yang  disebut  dalam  Perkara  30.

                                            Tafsiran
              17.  Berhubung dengan seseorang anak tidak sah taraf, sebutan mengenai bapa
              orang  itu  atau  mengenai  ibu  atau  bapanya,  atau  mengenai  seorang  daripada
              ibu  bapanya  adalah,  bagi  maksud  Bahagian  iii  Perlembagaan  ini,  ditafsirkan
              sebagai sebutan mengenai ibunya, dan dengan yang demikian itu seksyen 19
              jadual  ini  tidaklah  terpakai  bagi  orang  itu.
              18.  Berhubung  dengan  seseorang  anak  angkat  yang  pengangkatannya  telah
              didaftarkan  di  bawah  mana-mana  undang-undang  bertulis  yang  berkuat
              kuasa  di  Persekutuan,  termasuk  mana-mana  undang-undang  itu  yang  berkuat
              kuasa  sebelum  Hari  Merdeka,  Fasal  (3)  Perkara  15  hendaklah  berkuat  kuasa
   366   367   368   369   370   371   372   373   374   375   376