Page 3 - BUKU PROGRAM PENDAFTARAN 2021
P. 3

Bismillahirrahmanirrahim

                                                                             Assalamualaikum w.b.t dan Salam Sejahtera


                                                                             Selamat datang dan selamat menjalani kehidupan baharu di MRSM sebagai pelajar.

                                                                             Bersyukur ke hadrat illahi dengan izin-Nya anak-anak telah dipilih menjadi pelajar MRSM Sungai
                                                                             Besar program Ulul Albab. Tahniah!

                                                                             MRSM menyediakan sistem berteraskan sains, teknologi, kejuruteraan dan matematik (STEM)
                                                                             bagi melahirkan insan cemerlang, holistik dan kreatif. Melalui sistem pendidikan Ulul Albab,
                                                                             saya percaya MRSM dapat melahirkan teknokrat huffaz yang berakhlak mulia, beriman, berilmu
                                                                             dan bertaqwa. Disinilah pelajar akan mula belajar hidup bekerjasama dan belajar berkomunikasi
                                                                             dan toleransi.

                                                                             Saya berharap pelajar dapat melalui sistem pendidikan MRSM dengan cemerlang yang

                                                                             didokong nilai teras MRSM iaitu saintifik, independen, kreatif, amanah dan patriotik.
                                                                             Manfaatkan peluang yang amat istimewa ini untuk belajar di bawah sistem MRSM dan amalkan
                                                                             ilmu yang dipelajari dalam melaksanakan tanggungjawab sebagai khalifah di muka bumi Allah.



                                                                             WAN AINIZAH BINTI ARIFFIN
                                                                             PENGARAH
                                                                             BAHAGIAN PENDIDIKAN MENENGAH
                                                                             MARA
   1   2   3   4   5   6   7   8