Page 71 - MANUAL PENGURUSAN DAN TAKWM 2019
P. 71
SMK PAYA RUMPUT, MELAKA
1.0 TUGAS –TUGAS AKADEMIK
1.1 Sebagai seorang pegawai profesional, guru-guru adalah diharapkan untuk menunjukkan
sikap profesional dan budaya kerja yang tinggi serta bermutu.
1.2 Dasar-dasar berikut perlu dipatuhi:
a. Kerja rumah hendaklah diberikan kepada murid berdasarkan garis-garis
panduan yang telah ditetapkan oleh ketua Jabatan dan Guru Kanan masing-masing.
b. Kerja rumah yang diberikan kepada murid hendaklah diperiksa dengan teliti.
c. Penyelaras Kurikulum adalah diberi kuasa untuk menyemak dan menentukan buku
kerja dan lain-lain diperiksa dengan teliti.
d. Pemeriksaan buku seperti di atas tidak dibenarkan dibuat semasa mengajar di
dalam kelas, melainkan guru berkenaan mengawasi kerja murid di meja murid.
e. Guru yang ditugaskan sebagai guru ganti seboleh-bolehnya hendaklah mengisi
waktu itu dengan pelajaran yang difikirkan perlu. Tugas ini adalah tugas rasmi
guru-guru.
f. Menghadiri kursus yang berkaitan dalam panitia dan mengadakan kursus dalaman
(in - house training)
71

