Page 113 - 26 DIS MANUAL PENGURUSAN 2020
P. 113
DESKRIPSI TUGAS BANTUAN
1.1 Biasiswa :
1. Mengurus dan mengumpul data serta maklumat yang berkaitan dengan pendapatan
murid untuk tujuan pemberian bantuan dan mengisi borang biasiswa.
2. Mengadakan mesyuarat dengan jawatankuasa untuk memilih murid yang layak.
3. Mengedar borang permohonan kepada pelajar yang dicalonkan oleh Guru Tingkatan.
4. Memproses borang permohonan mengikut prosedur dan garis panduan permohonan
biasiswa yang ditetapkan.
5. Memanggil mesyuarat jawatankuasa Biasiswa sekolah untuk pemilihan calon yang layak.
6. Menghantar senarai pencalonan baru ke JPM.
7. Menguruskan permohonan atas talian seperti yang ditetapkan.
8. Menyemak daftar nama penerima biasiswa.
9. Mengemaskini buku akaun pelajar.
10. Menyimpan buku akaun pelajar di pejabat dan mengambil buku berkenaan sekiranya ada
urusan berkaitan .
11. Menguruskan pengeluaran wang biasiswa pelajar dan borang pengeluaran mengikut had
yang ditetapkan.
12. Menghantar surat amaran dan peringatan kepada pelajar yang melanggar syarat dan
disiplin sekolah.
13. Mengadakan program yang berkaitan dengan pemegang biasiswa.
14. Membuat surat panggilan mesyuarat dan mencatat minit mesyuarat.
1.2 KWAMP dan BIASISWA MELAKA
1. Mengedar borang permohonan kepada pelajar yang dicalonkan oleh Guru Tingkatan.
2. Memproses borang permohonan dan beri markah.
3. Memanggil jawatankuasa Biasiswa sekolah untuk pemilihan
4. Menghantar senarai pencalonan baru ke JPM.
5. Menguruskan permohonan pengeluaran / pengagihan wang kepada pelajar.
1.3 Kebajikan
1. Mendapatkan maklumat semua murid yang berkaitan dengan bantuan kebajikan (ibu
tunggal, pelajar miskin, murid kurang upaya dan lain-lain).
2. Merancang aktiviti Program Penyayang bersama-sama dengan Unit Bimbingan dan
Kaunseling.
3. Menjaga kebajikan semua pelajar secara keseluruhan.
4. Mengenal pasti dan merekodkan maklumat mengenai murid-murid yang kurang mampu
anak yatim / piatu / berpenyakit kronik.
5. Memaklumkan kepada murid mengenai Skim Insurans Takaful.
6. Menguruskan tuntutan dan bayaran insurans murid.
7. Menjalankan aktiviti untuk mendapatkan sumber kewangan /menjalankan kutipan derma
untuk mengisi tabung kebajikan.
8. Memberi sumbangan derma kepada murid-murid / ibu bapa murid / yang ditimpa
musibah / memberi bantuan kepada murid-murid miskin yang sangat-sangat memerlukan
bantuan. Contoh pakaian/ buku.
9. Mengendalikan pungutan derma bagi pihak KPM/ JPN / lain-lain pihak yang dibenarkan
oleh JPN.
( 112 )

