Page 153 - 26 DIS MANUAL PENGURUSAN 2020
P. 153

2.0TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB JAWATANKUASA KOPERASI SEKOLAH

1. Menghadiri mesyuarat, taklimat & perjumpaan untuk merancang aktiviti koperasi.
     Setiausaha

 1. Memanggil dan menghadiri mesyuarat agung,mesyarat lembaga.
 2. Merekodkan perjalanan dan meminitkan keputusan sesuatu mesyuarat.
 3. Menjalankan kerja surat menyurat yang diarahkan oleh lembaga.
 4. Menjalankan tugas-tugas lain yang ditentukan oleh lembaga.
 5. Membuat jadual guru bertugas menjual di koperasi semasa rehat Menengah Atas &

      Rendah (satu salinan serah kepada GPK Koku dan ditampal di papan kenyataan
      koperasi)
 6. Menyediakan buku catatan bertugas bagi guru dan murid. (setiap hari)
 7. Menyediakan buku catatan bagi merekod hasil jualan (setiap hari).

     Bendahari
 1. Menguruskan segala urusan urusniaga mengikut dasar yang ditetapkan oleh lembaga.
 2. Menerima dan menjaga semua wang yang diterima oleh koperasi & membuat pembayaran.
 3. Mengeluarkan resit, baucer dan surat-surat lain mengikut arahan lembaga.
 4. Menyediakan akaun tahunan dan laporan tahunan koperasi.

     Pengurus Saham
 1. Merekodkan daftar nama ahli dan jumlah saham.
 2. Mengedarkan resit dan borang kemasukan kepada ahli-ahli baru.
 3. Memastikan semua murid tingkatan 1 telah menjelaskan yuran koperasi.
 4. Memastikan saham guru/ murid yang telah berpindah/tidak bersekolah lagi dipulangkan

      bersama keuntungan.

     Belian & Stok
 1. Membuat pembelian barangan keperluan koperasi.
 2. Menyemak dan memastikan barangan yang dibeli berada dalam keadaan baik dan

      jumlahnya tepat.
 3. Merekod pembelian barangan setiap kali pembelian di dalam buku stok.
 4. Mengira dan merekod stok barangan koperasi setiap bulan dan menyerahkan satu salinan

      laporan kepada Pengetua dan GPK Koku.

     Jualan
 1. Memastikan koperasi dibuka mengikut hari bertugas guru yang telah ditetapkan.
 2. Menandatangani kehadiran guru yang bertugas pada hari jualan (setiap hari).
 3. Memastikan murid menandatangani kehadiran pada hari bertugas.
 4. Mengira hasil jualan (guru bukan murid ) dan mencatat di dalam buku jualan yang

      disediakan dan menyerahkan hasil jualan kepada Bendahari untuk direkod (setiap hari)

                                                                                                                                 ( 152 )
   148   149   150   151   152   153   154   155   156   157   158