Page 3 - 26 DIS MANUAL PENGURUSAN 2020
P. 3

PEMBUKA BICARA PUAN PENGETUA

Mendidik Dari Hati Dengan Penuh Intergriti

 Alhamdulillah, segala puji dan syukur ke hadrat Allah SWTatas limpah kita masih diberi peluang dan ruang untuk
terus mencurahkan khidmat bakti di sekolah ini pada tahun 2020. Marilah kita berganding bahu bersama-sama
dengan penuh komitmen dan dedikasi untuk merealisasikan visi dan misi sekolah dalam kerangka Program
Transformasi Sekolah (TS25). Tugas kita semakin mencabar dalam memastikan pelaksanaan pendidikan
dioptimukan kepada semua murid yang menerima pendidikan di sekolah ini.
Tahun 2020 merupakan tahun terakhir kita memperlengkapkan diri dalam Gelombang Kedua –Pelan
Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPM- memacu peningkatan sistem). Di samping itu, pada tahun ini juga
merupakan tahun persediaan memasuki Gelombang Ketiga- menganjak ke arah kecemerlangan melalui
peningkatan tadbir urus kendiri.
Tugas kita sebagai guru menuntut kita bekerja dengan penuh komited dan gigih untuk memastikan
tuntutanmenjayakan 6 aspirasi murid seperti mana yang dituntut oleh PPPM iaitu ; melahirkan insan yang
berpengetahuan, mempunyai kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT), kemahiran memimpin, kemahiran dwi bahasa,
etika dan kerohanian serta beridentiti nasional. Bersama-sama kita menghayati dan melaksanakan 12 inisiatif KPM
dalam memastikan pengurusan sekolah berjalan lancar dalam mendidik murid-murid di sekolah ini menjadi insan
yang cemerlang, gemilang dan terbilang dapat dicapai dengan sebaik-baiknya.
Pengurusan pendidikan kini dalam era revolusi industri 4.0 memerlukan keupayaan yang tinggi oleh para guru
dalam memastikan pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah memenuhi gaya pembelajaran abad ke-21. Justeru,
telah tiba masanya untuk kita semu amengubah paradigma yang sentiasa melingkari minda kita dengan:

         merubah gaya kerja bercirikan kebiasaan (ordinary) kerana tidak melihat potensi dan keluarbiasaan yang
         ada dalam diri kita sendiri dengan cara mengoptimumkan keupayaan diri dan berani mencuba perkara
         baharu yang memberikan impak positif
         melihat masalah sebagai peluang dan tidak membataskan pemikiran diri dengan masalah.
         keluar daripada keselesaan (comfort zone) dan sentiasa membuat penambahbaikan (improve) kendiri
         sentiasa suka menimba ilmu pengetahuan demi peningkatan profesionalisme
  Kita semua ialah keluarga besar, marilah kita bersama-sama membuat anjakan paradigme (paradigm shift) di
 dalam diri masing-masing sederap selangkah melonjakkan kecemerlangan sekolah dengan cara berikut:

              menyerlahkan kegembiraan (happiness), membugarkan kasih sayang (love) dan menyemarakkan
              sikap hormat- menghormati (mutual respect) dalam kalangan seluruh warga SMK Paya Rumput.
              terus bekerjasama sebagai satu pasukan yang mantap dan jitu (team work)
              mengamalkan keterbukaan minda – proaktif dan sentiasa berfikir untuk membuat penambahbaikan

                                                                                                                                     (2)
   1   2   3   4   5   6   7   8